Friday, May 16, 2014

DAP dan Cina tentang Islam, boleh cetus semula 13 Mei, kata ISMA


Pertubuhan kontroversi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menuduh tindakan DAP dan kaum Cina menentang Islam akan menyebabkan tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang kembali.


Naib presidennya, Abdul Rahman Mat Dali (gambar) berkata jika dibiarkan ia mampu memecah-belah dan mencetus huru-hara kepada negara.

"Semua perjuangan dan tindakan DAP dan kaum Cina yang sehaluan dengannya adalah mengancam perpaduan dan keharmonian yang ada.


"Perjuangan mereka sangat menyinggung perasaan orang-orang Melayu. Justeru, mampu memecah-belah dan mencetus huru-hara seperti yang pernah terjadi pada 13 Mei 1969 jika dibiarkan," kata Abdul Rahman dalam artikelnya yang disiarkan di laman web Isma.

Abdul Rahman menuduh DAP bertanggungjawab menggugat kepentingan Melayu di samping menghina kesucian agama Islam.

"Mereka terus mengkritik keras bantuan-bantuan kepada orang Melayu, kewujudan Mara, UiTM, MRSM, biasiswa, kuota Melayu dan banyak lagi tindakan yang menghina dan mengguris hati kaum Melayu.

"Pemimpin DAP juga berjuang membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Bahasa Melayu. Mereka juga menentang pelaksanaan syariat Islam termasuk hudud," katanya.‎

Beliau menyifatkan tindak-tanduk oleh DAP tersebut berpunca daripada keangkuhan selepas menerima sokongan kuat daripada kaum Cina semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"DAP yang mendapat sokongan hampir 90% kaum Cina menjadi lebih angkuh dan berani mendesak kerajaan demi kepentingan kaum Cina," katanya.

Beliau juga mengingatkan kaum Cina mengenai kontrak sosial semasa negara mencapai kemerdekaan dahulu, khususnya kesediaan kaum Melayu menerima pendatang asing yang dibawa masuk ke Malaysia.

"Parti ini tidak mengiktiraf atau buat-buat lupa kontrak sosial yang dibuat semasa ambang kemerdekaan dahulu di mana orang-orang Melayu berkorban menerima pendatang asing sebagai warganegara secara borong dalam semangat kontrak sosial itu walaupun kesetiaan kepada tanah air tidak dipastikan ketika itu.

"Ada yang langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu," katanya.

No comments:

Post a Comment