Friday, May 23, 2014

@chegubard Mula Meroyan , Kini Fitnah @azminali Pula

CheGu Bard FB

Ahli biasa PKR yang juga merupakan bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Saudara Chegubard telah memulakan lagi sekali serangan beliau terhadap calon Timbalan Presiden PKR Saudara Azmin Ali. Serangan Chegubard terhadap Azmin telah bermula sejak hari pertama pemilihan parti PKR. Pada pendapat saya, serangan ini hanyalah "wayang" yang dimainkan oleh Chegubard untuk mengalih tumpuan terhadap prestasi hambar yand ditunjukkan oleh Datuk Saifuddin Nasution. Umum ketahui bahawa Chegubard merupakan antara orang yang kuat berkempen untuk Saiffuddin, dan memandangkan Saifuddin kini ketinggalan jauh, cara untuk mendapatkan semula sokongan terhadap Saiffuddin adalah dengan :



1. Mengkritik proses pemilihan supaya undi dapat dilakukan semula
2. Melakukan serangan peribadi terhadap seorang Timbalan Presiden, Ahli Parlimen & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Saya langsung tidak percaya bahawa Azmin akan melakukan penipuan dalam pemilihan PKR. Beliau merupakan antara pengasas Parti Keadilan, mempunyai pengaruh akar umbi yang kuat dalam parti dan merupakan seorang pemimpin yang disegani ramai. Jadi tuduhan Chegubard bagi saya adalah tidak berasas dan hanyalah kritikan sumbang seorang pemimpin yang telah kecewa didalam PKR. 

#Azmin4TimbalanPresiden #Azmin4PKR

No comments:

Post a Comment