KL CHRONICLE: Akhirnya PKR gantung keahlian @CheguBard serta merta

Wednesday, May 28, 2014

Akhirnya PKR gantung keahlian @CheguBard serta merta



Lembaga Displin PKR hari ini mengumumkan penggantungan serta merta keahlian pemimpin bermasalah mereka Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard‎.

Badrul yang juga merupakan pengerusi Solidariti‎ Anak Muda Malaysia (Samm) digantung keahliannya sehinggalah siasatan mengenai aduan salah lakunya ketika pemilihan selesai, kata Datuk Dr Tan Kee Kwong.



Pengerusi Lembaga Disiplin PKR itu berkata, keputusan menggantung keahlian Badrul diputuskan oleh lembaga displin parti yang dipengerusikan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mesyuarat biro politik semalam.

"Saudara Badrul Hisham akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keahlian sehingga siasatan selesai," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesalahan yang dilaporkan terhadap Badrul kerana membuat kenyataan kepada media dengan mengakui bahawa proses pemilihan PKR kotor dan tidak telus.

Menurut Tan, selain itu Badrul‎ daripada PKR cabang Rembau itu dikenal pasti membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan "Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali".

Kenyataan itu dilakukan  pada 12 Mei dan disiarkan dalam portal berita mysuara.net dan portal Free Malaysia Today.

"Responden  juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk 'Keputusan penuh penipuan: Chegubard'," katanya.

Selain Badrul, PKR turut menggantung seorang lagi ahli M. Nageswaran Muniasamy daripada cabang Kota Raja selama enam bulan.

‎Manakala anggota cabang Pasir Salak, Yusop Kamaruddin dipecat keahliannya ekoran dari kesalahan ‎mengingkari arahan surat penggantungan.

"Dia juga mencemar nama baik parti dengan terus kritikan dan serangan terhadap JPP dan PKR ‎mengingkari arahan surat penggantungan dan terus menjalankan aktiviti mencemar nama baik parti dalam laman sosial Facebooknya," katanya.

Tan berkata dalam mesyuarat semalam, lembaga displin PKR turut memutuskan bersetuju penarikan kembali enam penggantungan anggota selepas melalui proses sesi pendengaran. – 28 Mei, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget