KL CHRONICLE: @Saifnasution Bidas @khalid_ibrahim , Kata Pujian Sultan Bukan Untuk MB Sahaja

Friday, April 11, 2014

@Saifnasution Bidas @khalid_ibrahim , Kata Pujian Sultan Bukan Untuk MB Sahaja

www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2012_03_Saifuddin-Nasution-300x200

Nampaknya pemilihan Timbalan Presiden PKR semakin panas apabila calon Timbalan Presiden, Bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia Saifuddin Nasution membidas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. 



Pujian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kejayaan kerajaan negeri bukan khusus kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang seperti ditafsirkan oleh sesetengah pihak.

Setiausaha Parti  Keadilan Rakyat, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pujian baginda umum kepada kerajaan negeri meliputi keseluruhan jentera pentadbiran.

“Kerajaan Selangor ditadbir dan diuruskan oleh Menteri Besar, anggota Exco, dan ADUN . Jadi, pujian itu untuk semua mereka,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, pada Isnin, Sultan Selangor dalam titah baginda ketika merasmikan Sidang DUN Kali Ke-2 Selangor memuji usaha kerajaan negeri yang berjaya menerapkan konsep nilai untuk wang dalam pentadbirannya selama enam tahun berturut-turut.

Baginda bertitah, penerapan konsep itu memastikan perbelanjaan negeri dilakukan secara berintegriti dan berhemah membolehkan Selangor membentangkan belanjawan berimbang.

Melalui belanjawan sedemikian, kerajaan negeri juga tidak perlu meminjam daripada kerajaan Pusat untuk perbelanjaan mengurus.

Dalam pada itu, menurut Saifuddin, tanpa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri sebagai  wakil rakyat  Langkah Kajang  di Selangor bukan misi separuh jalan.

Menurutnya,  tidak ada sebab misi berkenaan dihentikan kerana Anwar  tetap pemimpin tertinggi parti yang boleh menyusun atur pentadbiran kerajaan Selangor.

Cuma katanya, hasrat untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Anwar tidak berlaku memandangkan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu tidak layak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac lalu kerana bersalah atas pertuduhan kes liwat II oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya baru-baru ini.

“Pelan asal Langkah Kajang akan diteruskan. Tidak ada sebab dihentikan separuh jalan kerana agenda parti ialah memastikan pentadbiran kerajaan negeri berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi berlaku pergolakan dalaman.

“Soal siapa pengganti tempat Abdul Khalid akan diputuskan selepas selesai segala urusan pemilihan parti awal Mei ini,” katanya enggan mengulas dakwaan yang mengaitkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar yang baru.

Kata Saifuddin, beliau tidak mahu mendengar desas desus daripada sumber luar kerana kedudukan parti itu yang tidak stabil dari semua segi akan menyebabkan lebih banyak masalah. 

Beliau yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bulan depan melawan Azmin Ali dan Khalid berkata, Langkah Kajang tidak pernah terbantut  sebaliknya  akan mengukuhkan kedudukan parti dan pentadiran kerajaan negeri yang diperintah oleh PKR. Walau bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut tentang perkara ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget