KL CHRONICLE: #PKR Bukan Parti @anwaribrahim - @AzminAli

Saturday, April 12, 2014

#PKR Bukan Parti @anwaribrahim - @AzminAli


 PKR harus keluar daripada terus dibayangi Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.



Azmin yang akan bertanding mempertahan jawatannya bulan hadapan menegaskan, perkara itu perlu dilakukan demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa, lapor Utusan.

“PKR bukan parti Anwar dan tidak boleh terus dibayangi oleh beliau. Oleh itu, ahli- ahli mesti bergerak melebihi beliau dan untuk mencapai hasrat berkenaan, kita perlu menonjolkan lebih ramai pemimpin muda dan profesional demi parti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR negeri di sini pada Jumaat.

Azmin berkata, bagi tujuan kesinambungan kepimpinan parti, lebih ramai tokoh muda dan profesional harus ditonjolkan untuk memastikan PKR terus dominan termasuk dalam aspek kerjasama bersama PAS dan DAP.

Bagaimanapun, buat masa ini kita masih perlukan kepimpinan beliau (Anwar),” katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak pada masa sama turut mengingatkan ahli supaya memikirkan masa depan parti sebelum mengundi.

Saya ingin tegaskan, bukanlah sesuatu perkara mudah berada dalam PKR pada hari ini kerana cabarannya terlalu besar,” katanya.

Ditanya mengapa tidak membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan Presiden selepas 15 tahun membuktikan kesetiaan bersama parti, Azmin memberitahu, perkara itu sukar untuk dijelaskan.

“Mengapa anda bertanya soalan sukar tetapi saya akui selesa bekerja bersama Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,” katanya, lapor Utusan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget