KL CHRONICLE: Penganjuran Program Fiesta Belia Parlimen Seputeh oleh @RazlanRafii , @teresakok Bila Pula?

Monday, April 21, 2014

Penganjuran Program Fiesta Belia Parlimen Seputeh oleh @RazlanRafii , @teresakok Bila Pula?

Razlan Rafii, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Tahniah diucapkan kepada Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Seputeh, terutamanya Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saudara Razlan Rafii, yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan kerana telah berjaya menganjurkan Program Fiesta Belia Parlimen Seputeh pada 19 dan 20 April 2014. 



Displaying DSC_0092.JPG
Razlan Rafii bersama peserta Tilawah Al-Quran

Program Fiesta Belia Parlimen Seputeh ini telah diadakan selama 2 hari, iaitu pada 19 dan 20 April 2014 dan melibatkan hampir 500 orang anak muda dikawasan Parlimen Seputeh. Pada hari pertama, program bermula dengan Pertandingan Tilawah Al Quran dan telah di sertai oleh 20 peserta qari dan qariah.  Pertandingan ini telah diadakan di Surau Nur Hidayah Kuchai Lama.

Displaying DSC_0255.JPG
Razlan Rafii bersama Ketua Bahagian UMNO Seputeh bersama peserta pertandingan kompang 

Pada Hari kedua, Fiesta belia di teruskan lagi dengan pertandingan Kompang, Futsal dan mewarna peringkat Parlimen Seputeh. Sebanyak 24 pasukan lelaki dan wanita menyertai Futsal dan 8 pasukan untuk pertandingan Kompang. Alhamdulillah, sambutan oleh anak muda terhadap program yang dianjurkan oleh UMNO semakin meningkat, dimana ini menunjukkan anak muda semakin yakin dengan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. 

Displaying DSC_0367.JPG
Razlan Rafii bersama Saudara Badrul Ezan, Naib Ketua Pemuda UMNO Seputeh beserta pemenang pertandingan Futsal 
Menurut Ketua Pemuda UMNO Seputeh, objektif penganjuran Festival Belia ini adalah untuk pemimpin setempat mendekatkan diri dengan anak-anak muda di sekitar kawasan Seputeh. Ini adalah penting kerana walaupun Seputeh merupakan kubu DAP, anak-anak muda Melayu harus diingatkan bahawa mereka tidak pernah diabaikan dan kerajaan masih melihat mereka sebagai aset terpenting untuk negara. 

Selain itu, dengan peningkatan gejala dadah dan sosial yang semakin merisaukan di Kuala Lumpur,Pemuda UMNO Seputeh mahu Pihak Polis Di Raja Malaysia membenteras habis-habisan dan menamakan Dadah Musuh Negara no 1, kempen seperti ini pernah diadakan dan telah banyak memberi kesedaran kepada masyarakat dan anak-anak muda. 

Penulis bersyukur masih terdapat pemimpin Pemuda seperti ini di Seputeh, dimana kebajikan dan keselamatan anak-anak muda dititik beratkan tanpa mengira status atau darjat, Alhamdulillah.  

Akhir sekali, program ini telah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusof, Ketua UMNO Bahagian Seputeh. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget