Jika tidak salah ingatan saya, Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad mendapat perkhabaran tentang peristiwa berdarah Memali pada November 1985 ketika beliau hendak berangkat untuk lawatan rasmi ke Republik Rakyat China.
Ketika itu saya bersama pemberita akhbar lain serta anggota rombongan yang mengiringi beliau masih berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk menunggu masa berlepas.
Mahathir kelihatan tiba tiba sugul dan kami tidak tahu sebabnya dan hanya mengetahui daripada pegawainya.
Maka itu Dr Mahathir tidak berada di tanah air beberapa hari selepas berlakunya peristiwa berdarah itu.
Maka itu saya meragukan laporan berita portal yang mengatakan Musa mendakwa Mahathir berada dalam negeri beberapa hari selepas kejadian itu yang menyebabkan beliau menerima semua tuduhan mengenai pertempuran antara anggota dan pengikut Ibrahim Libya yang memakan korban nyawa.
Jika ingatan saya benar maka ternyata Musa cuba untuk membasuh tangan dan tidak mahu bertanggungjawab tetapi jika saya salah, saya memohon maaf terlebih dahulu. – zamkata.blogspot.com, 1 April, 2014.
No comments:
Post a Comment