KL CHRONICLE: Kini MB Selangor @khalid_ibrahim pertahan isteri dapat pembantu khas menggunakan duit rakyat

Wednesday, April 16, 2014

Kini MB Selangor @khalid_ibrahim pertahan isteri dapat pembantu khas menggunakan duit rakyat

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata isterinya memerlukan pembantu untuk menguruskan kerja kebajikan di bawah Pekawanis. Gambar fail The Malaysian Insider.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kedudukan isterinya sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) dan layak mendapat pembantu khas yang dibiayai oleh Menteri Besar Incoporated (MBI).



Khalid berkata, isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut memerlukan pembantu bagi menguruskan kerja kebajikan sosial dan kemasyarakatan yang dikendalikan pertubuhan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, MBI tidak memberi elaun kepada Salbiah serta ahli jawatankuasa Pekawanis lain.

"Beliau pengetua kepada wanita yang dilantik oleh speaker, timbalan speaker, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara yang berada di Selangor," katanya menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib yang mempersoalkan peruntukan pembantu khas kepada isteri menteri besar pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. – 16 April, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget