Thursday, April 3, 2014

Kini @dapmalaysia Beri Tekanan Kepada @khalid_ibrahim , Mahu Beliau Pulangkan Bible Bahasa Melayu



Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawabnya berhubung rampasan kitab Bible yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tetapi perlu mencari penyelesaian kepada isu perbalahan yang mengecewakan penganut Kristian itu.



Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Ong Kian Ming, berkata Khalid sebagai menteri besar Pakatan Rakyat perlu menunjukkan usaha tulin sebagai pembawa pembaharuan bukan sekadar menyerahkan isu itu kepada pihak lain.

Ong berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khalid semalam yang menasihatkan Persatuan Bible Malaysia (PBM) patut menulis surat kepada peguam negara untuk meminta kitab Bible yang dirampas itu dipulang semula.

“Kita bimbang kenyataan Khalid itu memerlukan BSM untuk menunjukkan kesungguhan dan keinginan mereka mendapatkan kembali kita suci yang dirampas itu,” kata Ong dalam kenyataannya.

Ong mengingatkan Khalid mengenai Pakatan Rakyat yang diberikan mandat kuat di Selangor ketika Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berasaskan kepada janji Pakatan untuk mentadbir secara inklusif, adil dan ke-samarataan antara semua kaum. 

“Meminta PBM menulis surat terus kepada peguam negara dan menunjukkan kesungguhan dan keinginan akan dilihat sebagai tidak mengendahkan janji pilihan raya itu.

“Khalid patut mencari penyelesaian kepada isu itu dengan membabitkan semua pihak terbabit termasusk Jais, PBM, pejabat peguam negara dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Daripada sekadar menyerahkan kepada PBM, Khalid patut menunjukkan kesungguhan dan keinginan untuk mencari penyelesaian adil kepada masalah itu,” katanya.

Pada awal Januari tahun ini, sepasukan pegawai Jais melawat premis PBM di Damansara Kim dan mengambil lebih 300 salinan Alkibtab dan Bup Kudus.

Serbuan itu dilakukan mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988.

“Kami mahu mengingatkan MB seminggu selepas kitab itu dirampas, beliau mengarahkan Jais untuk mendapatkan penjelasan KDN sama ada Bible berbahasa Melayu dan Iban termasuk dalam Perjanjian 10-Perkara yang diumumkan kerajaan BN pada 2011 sebelum pilihan raya negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, antara perkara yang menonjol dalam perjanjian itu jelas menunjukkan mencetak dan mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada penganjut Kristian di semenanjung Malaysia selari dengan Perjanjian 10-Perkara itu.

Antaranya ialah: Bible dalam semua bahasa boleh diimport ke dalam negara, termasuk bahasa Malaysia/Indonesa, dan Bible itu boleh dicetak dalam negara di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bible itu perlu ada perkataan ‘Cetakan Kristian’ dan lambang salib dicetak di muka depan.

“Kita masih belum mendengar hasil siasatan Jais. Khalid, pada 25 Januari berkata siasatan perlu disiapkan sebelum kerajaan negeri membuat keputusan terhadap tindakan selanjutnya.

“Kami mendesak MB untuk meminta Jais memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan siasatan itu dan sama ada perlu semua 300 salinan Bible berbahasa Melayu dan Iban itu terus disimpan sementara siasatan berlangsung,” katanya.

Semalam, PBM mengkritik kerajaan negeri Selangor kerana mencuci tangan daripada masalah itu dan bertegas mereka tidak akan menulis surat kepada peguam negara.

Dalam satu kenyataan, PBM mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjanji untuk memulangkan Bible itu.

“Isu ini berpunca daripada jabatan dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“PBM diserbu oleh Jais, jabatan dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Bible itu dipegang oleh Jais di pejabat mereka di Shah Alam, dekat sahaja dengan pejabat Khalid,” katanya.

No comments:

Post a Comment