KL CHRONICLE: Kenyataan Tak Masuk Akal Husam Musa

Tuesday, April 29, 2014

Kenyataan Tak Masuk Akal Husam Musa

Photo: Ini bukan admin yang cakap ya tapi, Gobing Singh, Ahli Parlimen dari DAP yang cakap. Admin mungkin kurang pandai tapi Gobind panggil pas parti putar belit ke ? Kepada mereka yang tak percaya DAP akan cakap macam ini, sila klik link ini http://bit.ly/QKWWaA
@dapmalaysia yang menentang Hudud PAS, Bukan UMNO

Kini, pihak Pro-Erdogan yang cenderung kepada Anwar Ibrahim dalam PAS menyalahkan Umno yang tidak berhenti dan terus-menerus memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud, sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Bekas ahli Exco Kelantan dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata beliau yakin Umno cuba memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan.

Beliau juga tidak fikir rang undang-undang persendirian itu boleh pergi jauh selagi Umno tidak membuat pendirian jelas mengenai perkara itu.




"Bagi saya, isu paling besar di sini sebelum kita pergi lebih jauh, adalah untuk mengetahui apakah pendirian Najib. Adakah BN akan menyokong rang undang-undang persendirian ini? Jika benar, maka kita boleh berbincang. Jika tidak, jelas mereka hanya mempermainkan PAS demi kepentingan agenda mereka," katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas, bahawa Umno bersedia mendengar cadangan PAS mengenai pelaksanaan hudud.

"Kita hendak tahu cadangan PAS. Kita tidak tahu lagi sebenarnya. Kalau PAS hendak kemukakan pada kita, kita sedia terima," Najib berkata.

"Lihatlah apa yang PAS hendak cadangkan," katanya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini mengumumkan rancangan kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian dalam Parlimen untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Rang undang-undang berkenaan akan membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang diluluskan pada 1993 oleh Dewan Undangan Negeri dikuatkuasakan.

Pengumuman Ahmad Yakob dibuat kira-kira seminggu selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Putrajaya akan menyokong langkah kerajaan untuk melaksanakan hudud.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata minggu lepas, kerajaan negeri tidak perlukan restu PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud kerana isu ini bermula sebelum PAS bersama Pakatan Rakyat.

Turut bersetuju dengan Husam, seorang aktivis parti memberitahu The Malaysian Insider bahawa terdapat puak tertentu dalam parti yang bertekad untuk menguatkan sokongan Melayu kepada PAS.

Photo
UMNO mahu kerjasama dengan PAS mengenai Hudud

Ahli-ahli puak ini juga, menurut beliau, yang mengatur pertemuan hujung minggu lalu antara Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Mereka mahu mengulangi perpecahan Barisan Alternatif  (BA) yang terjadi selepas PAS cuba melaksanakan hudud di Terengganu. Ia menyebabkan DAP keluar dan BA hancur.

"Jika itu berlaku, maka PAS boleh bergabung tenaga dengan Umno," kata aktivis itu.

Satu lagi sumber dalaman parti berkata, kumpulan itu mahu mempunyai "hubungan kerja" dengan Umno dan pada masa yang sama mahu kekal dalam PR.

"Bagaimana ini akan dicapai, masih lagi diusahakan, " katanya.

Hubungan PAS-DAP menjadi tegang selepas Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP yang juga merupakan seorang Christian, Anthony Loke mencadangkan PAS keluar dari Pakatan sekiranya ia berniat melaksanakan hudud di Kelantan.

Ahli Parlimen Seremban mendesak PAS menghormati dan mematuhi konsensus yang dipersetujui oleh PKR, DAP dan PAS.

Photo: Perbezaan pendapat yang semakin ketara dalam Pakatan Rakyat, siapa yang sedang menipu ni ? Kalau mereka jadi kerajaan admin tak tahu apa akan jadi.
Siapa yang bercakap benar?
Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memburukkan keadaan apabila beliau dipetik dalam media berkata pada hari Ahad bahawa PR bersetuju dengan agenda hudud PAS di Kelantan.

Dakwaan itu segera disangkal pemimpin DAP, termasuk Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo, mengingatkan Hadi bahawa DAP tidak pernah bersetuju berhubung pelaksanaan hudud di mana-mana negeri.

Dalam usaha menenangkan situasi, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa pemimpin parti berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu dan menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan.

Pemimpin Pakatan sedang bersedia untuk bertemu dalam beberapa hari lagi.

Kit Siang berkata, mesyuarat itu akan diadakan secepat mungkin, namun belum ada maklumat berkenaan tarikh atau tempat ia diadakan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, satu mesyuarat akan diadakan secepat mungkin.

"Kita akan bertemu untuk membincangkan isu itu dan saya berharap penyelesaian akan dicapai," kata Mohamad Sabu kepada The Malaysian Insider. – 29 April, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget