KL CHRONICLE: @cmlimguaneng Pertahan Langkah Naikkan Harga Air, Kini Beri Alasan Tidak Munasabah

Friday, April 4, 2014

@cmlimguaneng Pertahan Langkah Naikkan Harga Air, Kini Beri Alasan Tidak Munasabah


Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar) hari ini berkata langkah kerajaan negeri untuk menaikkan tarif air merupakan suatu usaha untuk "mengelak catuan air" terpaksa dilakukan di Pulau Pinang.





Katanya kerajaan negeri terpaksa menaikkan tarif air untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan kadar penggunaan air agar generasi akan datang mempunyai lebih banyak peluang untuk tidak mengalami catuan air.

"Janganlah kita lupa bahawa bukan Selangor dan Johor sahaja yang mengenakan catuan air. Malah, bandar paling lembap di Semenanjung Malaysia, Taiping, juga mula mencatu air hari ini.

"Penduduk Pulau Pinang tiada pilihan, kecuali mengurangkan penggunaan air. Sekiranya menaikkan tarif air perlu dilakukan bagi mengurangkan penggunaan air untuk mengelak catuan air perlu dilakukan, maka kerajaan negeri sedia menanggung kesan daripada menaikkan tarif air ini," katanya pada sidang media di George Town.

Semalam, Lim, yang juga pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), berkata kerajaan negeri telah memberi kebenaran kepada pihak pengurusan tertinggi PBAPP tentang langkah menaikkan tarif air sebagai ikhtiar terakhir untuk mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang, yang mencatat kadar penggunaan paling tinggi di Malaysia.

Apabila diminta mengulas tentang cadangan kerja menebus guna tanah Seri Tanjung Pinang Fasa II (STP2) di Tanjong Tokong, Lim enggan berbuat demikian dengan alasan Laporan Penilaian Terperinci Terhadap Alam Sekitar (DEIA) mengenai projek itu belum dikeluarkan.

"Kita tunggu dulu Laporan DEIA. Saya tak mahu komen lagi sehingga ia diluluskan DOE (Jabatan Alam Sekitar). Sama-samalah kita tunggu sehingga DOE membuat rumusan mereka, sama ada mereka hendak meluluskannya atau tidak... biarlah DOE mengendalikannya," katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget