KL CHRONICLE: Artikel The Malaysian Insider Ini Berniat Jahat @tm_insider @NajibRazak @HishammuddinH20

Wednesday, April 2, 2014

Artikel The Malaysian Insider Ini Berniat Jahat @tm_insider @NajibRazak @HishammuddinH20

Artikel tidak bertanggungjawab oleh @tm_insider

Penulis berasa kesal dengan tindakan Portal Pro-Pembangkang The Malaysian Insider terus menerus mengeluarkan artikel yang memutarbelitkan fakta berkaitan kes misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Selain itu, artikel diatas yang ditulis oleh The Malaysian Insider ini seolah menunjukkan bahawa pihak kerajaan sedang mula menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan mencari pesawat MH370. Sebenarnya ini tidak pernah berlaku. Saya memetik semula kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein:





"MAS sentiasa akan melakukan tugas terbaik dalam berinteraksi bersama keluarga.

"Namun meletakkan MAS di kandang saksi masih tidak mencukupi, kita juga perlu sentiasa ingat apakah peranan dan tanggungjawab Rolls-Royce, Boeing dan semua agensi pakar. Apakah pandangan mereka?" katanya dalam temubual bersama CCTV semalam.

Diatas adalah kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan. Tidak ada langsung dalam kenyataan diatas yang Menteri Pengangkutan "menyelar" Boeing & Rolls Royce. Beliau hanya bertanya apakah peranan dan tanggungjawab Rolls Royce (Selaku supplier enjin), Boeing (selaku pembina pesawat) dan agensi antarabangsa lain. Itu sahaja.

Penulis berharap portal pro pembangkang ini can stop all the nonsense written with respect to MH370. Hormatilah semua pihak dari ahli keluarga, anggota keselamatan, kerajaan asing dan tempatan dan lain-lain yang sedang cuba sedaya upaya untuk locate MH370. Jangan keruhkan lagi keadaan. 

Kepada ALLAH swt Kami Berserah

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget