KL CHRONICLE: Di larang masuk Sarawak, Adenan cabar @Anwaribrahim saman kerajaan

Wednesday, March 26, 2014

Di larang masuk Sarawak, Adenan cabar @Anwaribrahim saman kerajaan


(The Malaysian Times) - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman beliau dan kerajaan negeri jika tidak berpuas hati dengan tindakan melarang individu tertentu dari semenanjung memasuki Sarawak.




Adenan juga menyelar tindakan Anwar yang terus mempertikai keputusan kerajaan negeri walaupun beliau masih dibenarkan datang ke negeri ini, lapor Bernama.

Sarawak tidak memerlukan campur tangan orang luar untuk menentukan hala tuju dan masa depannya dan orang luar tidak perlu datang ke negeri ini untuk menimbulkan kekacauan, katanya ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Teh di Mukah hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, berkata negeri ini sudah cukup aman, malah rakyatnya hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni walaupun berbeza kepercayaan agama dan etnik budaya.

Sementara itu, penganalisis politik Datuk Peter Minos berkata Adenan melakukan perkara yang tepat dan rakyat Sarawak sentiasa bersama beliau yang sentiasa mahu memelihara keharmonian kaum dan kebebasan beragama di negeri ini sama ada waktu pilihan raya atau tidak.

Beliau turut menyokong tindakan melarang siapa sahaja dari Semenanjung yang memasuki negeri ini dengan niat untuk menimbulkan kekacauan.

Pada 21 Mac, Adenan berkata kerajaan negeri akan menggunakan hak imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk menghalang kemasukan mana-mana ekstremis kaum atau agama atau menghantar mereka balik menurut undang-undang yang ada.

1 comment:

cheng said...

jangan SAHAJA LARANG MASUK BAGI AMARAN TEMBAK HINGGA MATI- LAGI BAGUS PELIWAT MUKA TEMBOK INI YG DIPANGGIL YB - YB LIWAT , TAH BRAPE RAMAI BINI ORG DIA TIBAI

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget