Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak menolak kemungkinan berlakunya perbincangan di peringkat pimpinan parti untuk melantik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Walaupun tidak menyatakan secara langsung tetapi beliau mengakui perbincangan untuk peralihan tampuk kerajaan negeri itu akan diadakan kelak.
"Hal itu mereka akan bincangkan melalui pimpinan negeri.
"Program Wan Azizah hari ini masih di Kajang. Langkah Kajang masih diteruskan yang mana Wan Azizah sekarang sudah menang di sana," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Semalam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang calon PKR, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun.
Kemenangan itu sekaligus menguatkan spekulasi akan berlakunya perubahan tampuk pentadbiran kerajaan negeri sepertimana dicanangkan selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Januari.
No comments:
Post a Comment