Nampaknya banyak pihak yang marahkan kepada
Anwar Ibrahim atas keputusannya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri
Kajang.
Bukan itu sahaja, malah sekutunya, Pas juga
menghentam Anwar yang dianggap rakus, gelojoh dan tamakkan kuasa sehingga
menyusahkan rakyat dan juga pembangkang.
Anwar sanggup membazir wang dan masa rakyat
tatkala isu kenaikan kos sara hidup hangat diperkatakan.
Baginya, 'survival' politik dirinya sendiri
jauh lebih penting daripada menangani masalah rakyat yang lebih serius.
Malah tindakan beliau meminta Lee Chin Cheh
mengosongkan kerusi DUN Kajang bukan dibuat atas dasar darurat tetapi bagi
membolehkannya mendapat lebih kuasa dan pengaruh.
Simpati harus diberi kepada rakyat Kajang
yang memilih calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu tetapi beginikah
pembangkang membalas budi pengundi?
Anwar sanggup mengorbankan sebuah kerusi
hanya kerana hendak menyelesaikan masalah kronik antara Menteri Besar Khalid
Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali.
Benarkah dengan pengosongkan kerusi Kajang
dapat merungkaikan kemelut Khalid-Azmin dan bagaimana pula caranya?
Anwar sah sah tidak boleh menjadi menteri
besar menggantikan Khalid kerana ia bercanggah dengan undang-undang tubuh
Selangor yang mewajibkan penjawat anak jati kelahiran negeri itu.
Lagipun kuasa mutlak perlantikan menteri
besar terletak di dalam tangan sultan.
Malah Khalid pandai bermain politik
'survival' dengan Anwar dengan mengikut sahaja kata bos politiknya tetapi
beliau sendiri tegas menyatakan pendirian tidak akan meletakan jawatan.
Kalaupun Khalid mengundur diri tidak
semestinya kerusi tersebut akan kekal di dalam tangan PKR.
Azmin juga tidak layak menjadi menteri
besar kerana walaupun beliau anak Selangor tetapi lahir di Singapura.
Lagipun pemecatan beliau dari PKNS sebagai
anggota lembaga pengarah membangkitkan isu ketelusan samada Azmin terbabit
dalam gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.
Sudah tentu Khalid memegang banyak rahsia
penyelewengan Azmin di Selangor dan akan menggunakan maklumat ini sekiranya
kedudukan beliau tercabar.
Pas juga awal-awal sudah menyatakan jika
Khalid berundur ia akan meminta sultan melantik wakilnya ke jawatan itu.
Hujah Pas agak sukar untuk ditolak kerana
parti itu mempunyai majoriti kerusi daripada PKR.
Pas berkompromi dengan PKR hanya kerana ia
sudah memerintah Kelantan manakala Dap mentadbir Pulau Pinang.
Walaupun pahit hendak ditelan Pas terpaksa
juga memberi laluan kepada PKR di Selangor.
Dengan percaturan politik 'kangkung' yang
dimain oleh Anwar menyebabkan peluang parti itu untuk terus memegang jawatan
itu mungkin tergugat sekiranya Khalid meletak jawatan.
Disebabkan ini ada pihak yang sudah melabel
PKR sebagai 'Parti Kangkung Rakyat' kerana gemar suka putar belit dan
mengamalkan politik kepentingan peribadi.
Jika dibaca komen-komen pemimpin PKR untuk
menjustifikasikan tindakan Anwar boleh layak masuk pertandingan Raja Lawak.
Azmin mengatakan rakyat Kajang bertuah
kerana mendapat calon yang bertaraf pemimpin dunia kerana bukan sahaja pemimpin
hebat di Malaysia tetapi juga di kalangan negara-negara Timur Tengah.
Jika begitu, elok sahaja Anwar berhijrah ke
mana-mana negara Arab kerana sudah tentu tidak jadi masalah rakyat di sana
memilih beliau sebagai perdana menteri atau lebih baik lagi sebagai raja.
Komen beliau juga menghina Lee yang menjadi
Adun sebelumnya yag tidak dihargai pengorbanannya kepada parti malah
direndah-rendahkan martabatnya di mata penduduk rakyat Kajang.
Jika Anwar jadi Adun Kajang sekalipun pada
usia 67 tahun bagaimana beliau mahu ke hulu ke hilir memberi khidmat secara
berkesan kepada pengundi di Permatang Pauh dan juga di Selangor?
Semua ini perlu difikirkan rakyat mengapa
mereka harus terus mengundi pembangkang kerana buktinya sudah cukup jelas
pengundi telah dikangkungkan.
No comments:
Post a Comment