KL CHRONICLE: Gambar Sekitar Program Membantu Rakyat (MEMBARA) oleh Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh #KLChronicle

Saturday, February 22, 2014

Gambar Sekitar Program Membantu Rakyat (MEMBARA) oleh Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh #KLChronicle

Tahniah diucapkan kepada Saudara Razlan Rafii, Ketua Pemuda UMNO Wilayah merangkap Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh dan Saudara Mohd Badrul Ezan (Naib Ketua Pemuda) yang telah successfully menganjurkan program MEMBARA di Taman Salak Jaya, kawasan Parlimen Seputeh.



Antara intipati program ini adalah untuk memberi penerangan kepada anak muda tentang peluang pendidikan that they can consider bila mereka meningkat dewasa nanti. Penerangan telah diberikan oleh wakil dari Kolej SAITO.

Selain itu, terdapat juga pelbagai booth yang dibuka oleh agensi kerajaan untuk memberikan bantuan direct kepada penduduk setempat. Ini sejajar dengan program "outreach" kerajaan dimana kerajaan akan membawa agensi kerajaan direct kepada rakyat supaya rakyat tidak perlu susahkan diri pergi ke pejabat kerajaan pada hari bekerja.

Saya berharap program yang baik sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk kesenangan warga taman salak jaya dan rakyat di Parlimen Seputeh amnya.

P/S : Kalau nak tunggu Teresa Kok buat program bertuah la. Ahli parlimen Seputeh lebih sibuk dok buat video dan bercerita pasal hal konspirasi ayam beliau.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget