KL CHRONICLE: Bongkar! Guru tangkap tiga lelaki cuba edar Bible kepada pelajar‎ di Pulau Pinang #Kajang #KLChronicle

Sunday, February 16, 2014

Bongkar! Guru tangkap tiga lelaki cuba edar Bible kepada pelajar‎ di Pulau Pinang #Kajang #KLChronicle

Beberapa ibu bapa di Pulau Pinang mendakwa ada pihak tertentu cuba menyebarkan Bible berbahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah di sana. - Gambar fail.

Seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di Georgetown, Pulau Pinang, lapor Sinar Harian.Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah...


Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad, kejadian berkenaan berlaku di sekolah berkenaan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah itu.
Pihaknya kesal kerana Bible dalam bahasa Melayu itu juga tertulis kalimah Allah yang dibimbangi boleh mengelirukan pelajar sekolah.
“Tajuk kitab itu ialah Kenalilah Al Kitab dan di bahagian bawahnya mereka cuba menarik pembaca dengan menulis ‘Sebuah panorama Firman Allah dalam 366 bacaan dan renungan harian'.
“Kenapa kitab sedemikian cuba diedarkan kepada pelajar? Lebih mengelirukan kerana ia dalam bahasa Melayu. Jadi memang (jelas) matlamatnya untuk memesongkan akidah pelajar Melayu Islam,” katanya dipetik dari Sinar Harian.
Nor Amin menggesa pihak sekolah memantau lebih ketat, khasnya pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan sekolah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget