KL CHRONICLE: TUDUHAN @nsurendrann & @chegubard TERHADAP #SPRM MEMALUKAN DIRI SENDIRI @jee_abd #KLChronicle

Friday, January 17, 2014

TUDUHAN @nsurendrann & @chegubard TERHADAP #SPRM MEMALUKAN DIRI SENDIRI @jee_abd #KLChronicle


























Nampaknya belum habis lagi kerja-kerja Badut PKR untuk sabitkan isteri Perdana Menteri dan anaknya, Riza Shahriz Abdul Aziz kerana memiliki kondo RM110 juta di New York dan tajaan filem blockbuster Hollywood 'The Wolf of Wall Street.



Dalam kenyataan media Naib Presiden PKR, YB N Surendran dan beberapa pihak yang lain, yang mendakwa SPRM ada kuasa untuk menyiasat kes anak tiri Perdana Menteri di bawah Seksyen 35 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (Akta SPRM) 2009.

Pertamanya , kita rujuk kepada  Seksyen 29(3) Akta SPRM, di mana dengan jelas menyatakan peruntukan kuasa untuk menyiasat aduan atau maklumat yang diperolehi  yang mengaitkan seseorang itu mengamalkan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. Kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, merangkumi kesalahan rasuah atau kesalahan ditetapkan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual di bawah Akta SPRM.


Isu di sini apakah ada sebarang aduan atau maklumat yang diterima setakat ini,  yang menunjukkan satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, telah dilakukkan oleh anak Rosmah? Kita juga tertanya-tanya, mengapa jika Surendran yakin dengan tuduhannya tetapi tidak membuat aduan dan membantu SPRM membuka kertas siasatan.

Jika Surendran hanya bergantung kepada laporan media di mana masih tidak dibuktikan lagi, sudah pasti SPRM tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak. Apakah Surendran ingin SPRM bertindak tidak mengikut ketetapan Akta SPRM 2009 dan hanya berlandaskan sentimen emosi semata-mata?

Seksyen 35 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 yang ditimbulkan Surendran pula, hanya boleh diguna pakai jika satu siasatan dimulakan di bawah Akta SPRM untuk kesalahan rasuah atau kesalahan ketetapan di bawah Akta SPRM. Peruntukan-peruntukan Seksyen 35 dan Seksyen 36 tidak berfungsi secara bebas. Ini adalah pendekatan yang sama dalam bidang kuasa di negara-negara yang dijadikan contoh oleh YB Surendran.

Apakah Surendran ingin menggalakkan SPRM salahguna kuasa dan melanggar hak asasi individu semata-mata dengan syak wasangka kononnya anak Rosmah memiliki harta di luar kemampuan? Mana -mana pihak yang membuat dakwaan ke atas seseorang individu agar melihat pada kuasa untuk menyiasat dan kuasa untuk memperoleh maklumat bersekali.

Tidak habis dengan kenyataan Surendran yang memalukan diri sendiri, kini Chegu Bard pula menambah untuk memalukan kredibiliti politik PKR. Baru-baru ini seperti dilaporkan di dalam KeadilanDaily, Chegu Bard telah membuat kenyataan tersebut;

KLIK SINI UNTUK ARTIKEL PENUH [ http://mantra-indeeptots.blogspot.com/2014/01/tuduhan-surendran-dan-chegubard.html ]

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget