Akhbar The Star nampaknya telah mengambil
pendirian memihak kepada Kristian dalam isu kalimah ‘Allah’. Menurut
June Wong iaitu seorang pengarang di akhbar tersebut, halangan
terhadap orang-orang Kristian di Malaysia untuk menggunakan kalimah tersebut
bagi merujuk kepada Tuhan ‘Bapa’ adalah bertentangan dengan konsep moderat yang
dipromosikan oleh Perdana Menteri.
Justeru, katanya, sekiranya masalah ini
berlarutan maka beliau menyarankan agar pihak Kristian meminta bantuan asing
untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikannya.
Fakta yang sengaja tidak disebut oleh June
Wong ialah isu ini bukanlah satu isu kerana telah termaktub di dalam Enakmen
1998 bahawa Kalimah Allah merupakan antara perkataan Arab yang tidak dibenarkan
diguna oleh bukan Islam di Malaysia.
Selain itu, perkara ini diperkuatkan lagi
melalui kes The Herald, apabila mahkamah memutuskan yang sama, dengan
pengecualian terhadap Sabah dan Sarawak.
Sewajarnya sebagai pengarang akhbar dan
manusia yang bertamadun, June Wong harus akur dengan undang-undang dan
keputusan mahkamah. Namun, June Wong memilih untuk bersikap degil
dan samseng dengan sengaja memberi tekanan kepada kerajaan kononnya atas nama
kebebasan beragama
Persoalannya, kebebasan yang manakah dalam
amalan agama Kristian yang dihalang oleh kerajaan? Sejak bila amalan
Kristian wajib menggunakan nama Allah?
Kita pasti yagn June Wong tidak akan dapat
menjawab soalan ini. Pun begitu, beliau akan terus menyalak
melolong-lolong sengaja berbuat bising, kononnya untuk menakut-nakutkan
kerajaan
Hakikatnya, June Wong, DAP, Marina Mahathir,
COMANGO dan mana-mana pihak yang sewaktu dengan mereka ini bukannya
memperjuangkan kebebasan beragama, hak asasi manusia mahupun
keadilan. Mereka sebenarnya hanya ingin menentang Islam.
Mereka tidak senang melihat negara ini aman
damai dengan semua agama mengamalkan ibadah masing-masing tanpa
pertelagahan. Mereka tidak senang selagi Islam menjadi agama rasmi
negara dan menjadi penghalang kepada cara hidup mereka yang tanpa
batasan.
Oleh itu, biarpun kerajaan tidak pernah
mengganggu amalan agama lain, tetapi itu belum cukup bagi mereka. Mereka
ingin mendesak fahaman liberal mereka ke atas kerajaan dan seluruh umat
Islam.
Sesiapa yang tidak bersetuju dengan fahaman
liberal mereka akan dikecam sebagai kolot, sampah dan bodoh. Sikap yang
mereka tonjolkan ini tentulah amat bertentangan dengan perjuangan yang
mereka laungkan.
Jika benar mereka memperjuangkan kebebasan
beragama, maka kenapa mereka memperlekeh pegangan Umat Islam?
Jika benar mereka berpegang bahawa semua
orang punya hak, maka kenapa setiap kali Umat Islam mempertahankan haknya akan
dituduh sebagai sampah, kolot dan bodoh pula? Apakah umat Islam
tidak punya hak apa-apa?
Kenapa Islam perlu
didiskriminasi? Bukankah mereka juga yang menentang sebarang bentuk
diskriminasi?
Sekiranya June Wong mengkaji sejarah kitab Injil, maka beliau
pasti tahu bahawa walaupun Kristian turut mengiktiraf Tuhan sekalian alam yang
dipanggil Triune, Tuhan yang dimaksudkan itu adalah berbeza dengan yang
disembah oleh Umat Islam kerana sifatnya yang terbentuk dari 3 entiti iaitu
Bapa, Anak dan Holy Spirit.
Sedangkan ‘Allah’ yang disembah oleh umat Islam adalah Esa, tidak
punya anak atau bapa atau bersangkutan dengan sebarang entiti asing.
Maka tidak hairanlah apabila tidak pernah sama sekali dalam
sejarah Injil yang merujuk kepada Tuhan Triune yang terdiri dari 3 entiti itu,
sebagai Allah.
Antara nama-nama lain bagi Tuhan Kristian mengikut zaman dan
daerah ialah Jehovah, Eloihim, El Shadai, Adonai, Emmanuel dan lain-lain yang
semuanya berakar dari Bahasa Arab dan Hebrew, TETAPI nama ‘Allah’ BUKAN serta
TIDAK PERNAH merupakan salah satu daripadanya.
Bagi membantu June Wong memahami hujah ilmiah
ini, maka inilah diringkaskan seperti berikut:
1. Memandangkan
nama ‘Allah’ tidak pernah ada kena mengena dalam kitab Injil agama Kristian,
maka tidak ada sebab konkrit bagi Kristian untuk bermati-matian memperjuangkan
penggunaan nama itu dalam aktiviti dan kitab agama mereka di Malaysia.
2. Amalan
Kristian tidak akan terjejas jika mereka tidak menggunakan nama Allah.
Maka, kita pinta June Wong menjelaskan kenapa
beliau sanggup menjejaskan keharmonian serta memperjudikan kedaulatan negara
semata-mata untuk memperjuangkan sesuatu yang tidak signifikan?
Dengan tidak mengetahui sejarah kitab Injil
yang diperjuangkannya, maka tidak salah jika kita menuduh June Wong sebagai
bukan seorang Kristian yang alim atau bukan seorang Kristian
pun. Sekali gus, ini bermakna, perjuangan June Wong dalam isu ini
bukanlah kerana agama demi alam abadi selepas mati, tetapi sekadar memenuhi
kebenciannya terhadap Islam dalam usaha meruntuhkan kerajaan Islam.
Untuk itu, June Wong amat
mengharapkan campurtangan asing agar agenda untuk meruntuhkan kerajaan Islam
lebih cepat tercapai.
Setiap manusia yang rasional pasti dapat
melihat bahawa membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah di Semenanjung
Malaysia hanya akan membawa keburukan dan langsung tiada kebaikan – termasuklah
kepada para penganut Kristian sendiri.
Malangnya, June Wong, Marina Mahathir, DAP
dan yang seangkatan dengan mereka...bukanlah manusia yang
rasional.
No comments:
Post a Comment