Seperti yang telah di duga, portal
pembangkang Malaysiakini begitu berminat untuk melaporkan isu yang boleh
menimbulkan sentimen, kebencian dan kemarahan masyarakat berbanding laporan
yang bersifat telus dan adil.
Terbaru mereka cuba mewujudkan sentimen
kebencian masyarakat khususnya mereka yang bukan beragama Islam dengan laporan
jahat yang bertajuk, ‘Menteri OK Dengan Hard Rock, Tetapi Versi
Nasyid’.
Mereka cuba menggambarkan, kononnya
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan
sekiranya pusat hiburan terkenal itu berminat untuk membuka cawangan di
Putrajaya ia WAJIB Bercirikan Islam dengan membawa elemen Nasyid.
Sedangkan pada hakikatnya, ketika Tengku
Adnan memberikan penjelasan berhubung isu tersebut, beliau menegaskan tiada
sebarang penjualan minuman keras dan tiada sebarang persembahan hiburan yang
menghairahkan akan dibenarkan sekiranya penguasa pusat hiburan itu ingin membuka
cawangan di Putrajaya.
"Pendirian kita mudah, Hard Rock Cafe
boleh dibuka tetapi kena ikut syarat iaitu penjualan arak tidak dibenarkan.
Tetapi kalau mereka masih hendak jual dan buat perkara yang tidak mengikut
syarat, kita tidak akan luluskan seperti telah disebut oleh Presiden PPj, Tan
Sri Dr. Aseh Che Mat semalam," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya
semalam.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata,
pihaknya mengalu-alukan sekiranya pelabur pusat hiburan terkemuka dunia itu
hanya mahu membuka hotel dan menjual barangan cenderahati jenama tersebut di
sini.
Menurut beliau, pihaknya juga tidak
menghalang persembahan hiburan dibuat tetapi perlu mematuhi garis panduan
selain tidak menghidangkan persembahan keterlaluan.
"Persembahan yang dibenarkan ialah
jenis bersih, kita tidak benarkan persembahan menjolok mata atau memberahikan
orang ramai dan kalau boleh hiburkan pengunjung dengan persembahan nasyid atau
berlandaskan Islam, ini akan menjadi yang pertama di dunia," katanya.
Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu
kaya dengan adat sopan yang tinggi terutama dalam penggunaan bahasa kiasan bagi
menjaga hati semua pihak. Contohnya, cuba kita lihat dalam adat merisik /
bertunang yang sering dijalankan oleh masyarakat Melayu.
Apabila pihak perempuan ingin menolak
permintaan keluarga pihak lelaki, pelbagai ayat-ayat kiasan akan digunakan bagi
menjaga hati dan maruah pihak yang datang menyampaikan hajat.
Kenyataan yang disampaikan itu lebih
bersifat penolakan secara halus bagi menjaga ‘kesucian’ bandar
Putrajaya sebagai kota pentadbiran kerajaan Malaysia. Dalam bahasa mudah,
Tengku Adnan ingin menekankan bahawa Perbadanan Putrajaya lebih mengalu-alukan
pembangunan lain seperti hotel dan barangan cenderahati dan membina pusat
hiburan seperti yang sedia ada.
Ini kerana umum mengetahui Hard Rock Café
adalah merupakan premis hiburan jenama antarabangsa yang menawarkan minuman
keras khusus untuk pengunjung yang bukan beragama Islam. Oleh yang demikian
kenyataan untuk tidak membenarkan Hard Rock menjual minuman keras adalah
merupakan kenyataan tersurat / kiasan bagi menolak permohonan tersebut
(sekiranya ada).
Namun untuk bersangka baik, mungkin kita
boleh katakan kerana wartawan yang menulis laporan tersebut tidak faham kiasan, maka sudah tentu dia tidak dapat menangkap maksud yang
cuba disampaikan itu.
Apa yang boleh dikatakan ialah, isu ini
sengaja dipolitikkan oleh segelintir pihak, kerana pada hakikatnya tiada
sebarang permohonan yang telah dikemukakan bagi membuka premis hiburan itu
No comments:
Post a Comment