KL CHRONICLE: DEMAND TIDAK MUNASABAH OLEH SRJK CASTLEFIELD @shahrilmokhtar #LEP #1Malaysia #KLChronicle

Monday, January 20, 2014

DEMAND TIDAK MUNASABAH OLEH SRJK CASTLEFIELD @shahrilmokhtar #LEP #1Malaysia #KLChronicle

Sikap pihak CASTLEFIELD ini boleh saya conclude sebagai sikap tamak haloba dan “selfish” dengan hanya memikirkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan dan kesenangan penduduk kawasasn sekitar. Untuk memudahkan pembaca, saya akan ceritakan “chronology of event” rundingan syarikat PRASARANA dengan SRJK CASTLEFIELD:



RUNDINGAN PERTAMA PRASARANA & CASTLEFIELD

Antara “demand” dari pihak CASTLEFIELD adalah untuk PRASARANA memasang perkara berikut:
  1. Sound proof barriers
  2. Aircond
  3. Membaiki kemudahan sekolah

Ketiga demand diatas telah dipersetujui oleh pihak PRASARANA. Selain itu sebagai tanda “goodwill” kepada pihak sekolah, PRASARANA juga telah komited untuk mencantikkan landscape sekolah dengan menanam pelbagai jenis pokok dan bunga untuk kebaikan dan keselesaan para pelajar.

Rundingan pertama telah dipersetujui kedua belah pihak. Namun,...

 CASTLEFIELD BUAT PUSINGAN – U, KELUARKAN DEMAND BARU

Setelah bersetuju dengan rundingan yang dilakukan oleh pihak PRASARANA,  CASTLEFIELD telah membuat U-Turn dengan menukar demand mereka. Kini mereka telah demand PRASARANA untuk membina untuk mereka satu sekolah baru yang berharga RM 20,000,000.00 (20 Juta). Ini merupakan satu demand yang tidak munasabah dimana pada artikel sebelum ini saya telah menulis bahawa tanah yang diperlukan oleh PRASARANA hanya 20m2.

Selain itu, pihak CASTLEFIELD mahu project sekolah baru ini diuruskan oleh pihak sekolah sendiri. Mereka sendiri mahu memilih kontraktor, membeli barang dan segala payment kepada kontraktor yang mereka pilih ini melalui pihak CASTLEFIELD dan bukan PRASARANA.  Dalam bahasa yang mudah mereka mahu PRASARANA beri kepada meraka RM 20 juta dan mereka akan urus sendiri pembinaan sekolah baru ini. Persoalan saya:

  1. Apa kemahiran yang pihak CASTLEFIELD ada untuk mereka manage projek RM 20 juta ini
  2. Kenapa pihak CASTLEFIELD mahu memilih kontraktor mereka sendiri? Apa kelebihan kontraktor mereka berbanding kontraktor yang dipilih pihak PRASARANA
  3. Kenapa pihak CASTLEFIELD yang hendak buat procurement untuk construction? Bolehkah mereka mendapat diskaun dan harga yang lebih baik daripada PRASARANA
  4. Kenapa pihak CASTLEFIELD mahu segala payment kepada kontraktor ini melalui mereka? Adakah mereka mahu “mark-up” invoice yang mereka terima daripada kontraktor dan charge PRASARANA lebih dari harga invoice?
  5. Mengapa mereka tidak mahu pihak PRASARANA yang manage pembinaan sekolah ini walhal PRASARANA mempunyai kebolehan untuk manage project infrastruktur yang bernilai berbillio ringgit?     
Persoalan paling penting adalah kenapa Pihak CASTLEFIELD mahu pegang duit RM 20 juta sedangkan mereka tiada kebolehan, pengalaman dan kredibiliti untuk manage project yang sebesar ini?

Pendapat peribadi saya adalah pihak Castlefield merupakan pihak yang sangat tamak yang hanya mahu membuat duit daripada project LEP ini. Saya buka kepada pembaca untuk memberikan pandangan pembaca dan insyallah jika saya ada masa saya akan reply segala pertanyaan dari anda semua.

Terima Kasih,

Artikel lain boleh baca di : matkilaupenang.blogspot.com

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget