Cerita mengenai Holy Water diedarkan secara percuma oleh mubaligh
Kristian di beberapa kawasan di Malaysia bukan cerita baru. Penulis sendiri pernah mendengar
mengenainya sejak tahun 90an lagi. Memang
sukar untuk kita percaya bahawa ada ajaran agama yang membenarkan pendakwahnya
menambahkan pengikut secara muslihat. Namun, itulah yang kita dengar dan
masih kedengaran sehingga ke hari ini.
Akhir-akhir kisah ini semakin hebat lagi diperkatakan. Baru semalam, katanya, ada remaja yang
menerima air itu secara percuma di sekitar Gombak dan kemudiannya tidak mampu
mengucap kalimah syahadah atau beristighfar sekali pun. Katanya, orang yang meminumnya seakan
terpukau dan menurut saja apa yang diperkatakan oleh pendakwah Kristian
tadi.
Penulis bukan jenis yang mudah percaya kepada sihir, namun penulis
pernah mendengarnya dari mulut seorang arwah Mufti sendiri yang turut terlibat
memulihkan mangsa Holy Water ini. Justeru,
penulis sentiasa berfikiran terbuka ke atas apa saja kemungkinan.
Apa yang penulis musykil ialah jika semua ini benar, kenapakah
pendakwah agama Kristian perlu melakukan penipuan sebegini untuk menambah
bilangan penganutnya? Apakah agama itu membolehkan mereka untuk menipu
atau ‘mengenakan’ orang lain agar memeluk Kristian?
Apakah dengan memastikan seorang Muslim itu tidak lagi dapat
mengucap secara lisan maka mereka bukan lagi Muslim dan menjadi Kristian?
‘Iman’ menurut Islam terletak pada hati, roh, fikiran, akal dan
perasaan iaitu bukan berbentuk fizikal yang mampu dinilai atau dihukum oleh
sesiapa selain Allah SWWT. ‘Iman’ tidak boleh dimasukkan atau dibuang
sewenang-wenangnya dari dalam diri seorang Muslim tanpa sedar dan tanpa
kerelaannya.
Nampaknya agama Kristian tidak berpegang kepada konsep yang
sama. Agama itu jelas hanya
berupa fizikal semata-mata kerana boleh ‘dimasukkan’ ke dalam diri orang lain
dengan hanya meminum air yang telah ‘dijampi’ dan dibubuh garam.
Agama Kristian itu juga boleh ‘dikeluarkan’ dari diri orang itu
dengan menyedarkannya dari ‘pukau’. Namun,
hampir semua mangsa yang ditemui, katanya, tidaklah terpukau sepenuhnya. Sebaliknya cukup sedar dan ingin
mengungkap syahadah, cuma tidak dapat dikeluarkan secara lisan. Ini bermakna, roh dan
minda mereka masih beriman kepada Allah SWT dan para RasulNya.
Ini bermakna ‘dakwah’ atau ‘penipuan’ Kristian itu adalah tidak
berjaya tetapi hanya mencetuskan gangguan sementara dalam sistem
kerohanian seseorang Muslim yang menjadi mangsa, serta tidak lebih dari
itu.
Bagaimanapun, kita tidak boleh mengambil ringan akan kemungkinan
terdapat umat Islam yang hanyut terus akibat longgarnya pegangan akidah dan
kefahaman Islam. Justeru, kita wajib berusaha untuk saling ingat
mengingati dan memerangi strategi dakwah yang licik lagi jahat ini, sekiranya
ia benar-benar berlaku.
Memandangkan penganut Kristian pada hari ini berhujah bahawa Tuhan
bagi semua agama adalah sama, maka kita ingin mengingatkan mereka bahawa Allah
SWT tidak sekali-kali menyuruh manusia menipu dalam berdakwah sepertimana yang
mereka lakukan.
Dan lagi, jika benar mereka percaya bahawa semua Tuhan adalah
sama, kenapa Kristian perlu bersusah payah memurtadkan umat Islam?
Tindakan pendakwah Kristian ‘memerangkap’ umat Islam dengan Holy
Water bukan sahaja jahat, tetapi yang paling dibimbangkan ialah ia mampu
mencetuskan huru-hara dalam masyarakat. Tidak
mustahil ia juga mampu membawa kepada pertumpahan darah dan kemusnahan
besar-besaran sekiranya berterusan.
Lebih dari itu, jika benar pendakwah Kristian gemar berdakwah
secara muslihat, pukau atau sihir, maka para penganut Kristian wajar
‘memeriksa’ diri mereka sendiri. Apakah
mereka menerima Kristian kerana tertipu, terpukau atau terkena sihir? Apakah mereka yakin yang mereka
menganut agama Kristian kerana mereka yakin ia adalah agama yang benar?
Mungkinkah jika mereka dapat menyembuhkan diri mereka dari sihir
itu dan berhenti meminum Holy Water maka hati dan minda mereka akan kembali
terang dan tidak lagi ingin sengaja mencetuskan persengketaan dengan agama
Islam? Tidak mustahil juga
jika mereka berhenti meminum Holy Water maka mereka akan turut melihat bahawa
Islam itu benar.
Kitab Injil juga ada menyebut mengenai syaitan dan iblis yang
gemar memanipulasi manusia agar menjadi sesat. Justeru, tidakkah para penganut
Kristian terfikir adakah pendakwah mereka benar-benar berdakwah mengikut ajaran
‘Jesus’ atau sebenarnya hanya memanipulasi manusia agar mengikut jalan
‘iblis’?
Apapun, tindakan menyihir dan menipu orang lain mungkin merupakan
ajaran Tuhan Trinity tetapi ia pastinya bukan sekali-kali ajaran Allah
SWT. Maka jelaslah bahawa
agama Kristian tidak menyembah Tuhan yang sama dengan agama Islam!
Artikel berkaitan :
No comments:
Post a Comment