Friday, December 27, 2013

Pas Kelantan Tolak Untuk Sertai Himpunan Gulingkan Kerajaan #KLChronicle



Keputusan Pas Kelantan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi jalanan yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru ini pasti akan mengejutkan ramai pihak khususnya mereka yang begitu taksub dan fanatik dengan fahaman revolusi.



Paling menarik apabila, keputusan tersebut dibuat dengan sebulat suara melalui mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato Ahmad Yaakob di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu malam semalam.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu,  Pas Kelantan memutuskan untuk tidak akan menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.

Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.

Masyarakat sebelum ini dikejutkan dengan laporan beberapa media dan portal pembangkang yang bertindak menyebarkan poster dan risalah mengenai perhimpunan pada malam 31 Disember ini.

Walaupun mereka mendakwa himpunan yang diadakan itu bagi mendesak dan memberi amaran kepada kerajaan berhubung isu kenaikan kos sara hidup. Namun di dalam poster dan risalah yang disebarkan jelas tertera perkataan ‘Himpunan Guling Kerajaan : 31 Disember 2013.

Pihak polis sebelum ini dilaporkan turut memburu beberapa individu yang dipercayai menjadi dalang dan penganjur program tersebut dan beberapa langkah proaktif turut diambil bagi menjaga kepentingan dan keselamatan pihak awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124  C, Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

Manakala Pas Terengganu ketika diminta mengulas mengenai perkara yang sama menjelaskan pihaknya langsung tidak tahu menahu kerana tidak mendapat maklumat mengenainya.

“Saya tiada maklumat mengenai perkara itu (himpunan guling kerajaan) dan tidak tahu pula sama ada perkara itu disebarkan melalui laman sosial kerana maklumat itu pun tidak sampai,” kata Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, disebabkan keputusan yang dibuat itu Pas Kelantan telah dikecam oleh beberapa individu melalui laman sosial Facebook.

”Menteri Besar Kelantan jadi dayus suruhan Najib Altantunya setelah bersalam dengan Najib! Leher Amat Yaakob dah menjadi seperti kura-kura masuk dalam cengkerang!” kata salah seorang penguna Facebook di laman sosial itu.

Kesimpulannya walaupun Pas secara dasarnya menyokong himpunan yang bakal diadakan itu, namun masih ada segelintir di kalangan mereka yang jelas tidak bersetuju dengan pendekatan radikal sesetengah pihak yang terlalu kemaruk inginkan kuasa.

Ini kerana, mereka sedar percubaan untuk menggulingkan kerajaan melalui kekerasan hanya akan menyebabkan negara menjadi huru-hara sekali gus merugikan rakyat.

No comments:

Post a Comment