Wednesday, December 25, 2013

Kini @cmlimguaneng dan @limkitsiang cuba pancung @boochenghau dari #Johor #KLChronicle

lim-kit-siang-sahaja-betul-najib-salah

Isu pergolakan dalaman yang melanda DAP Johor, bukanlah merupakan satu rahsia, ini kerana rata-rata penganalisis politik memang menyedari akan perkara itu. Ketika pilihan raya umum yang lalu, media melaporkan tiga pemimpin kanan parti itu mengambil keputusan drastik dengan meletakan jawatan ekoran marah dengan campur tangan melampau Penasihat parti, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di negeri itu.



Bapak dan anak mafia DAP

Mereka yang meletakkan jawatan itu adalah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, Timbalannya Norman Fernandez dan Setiausahanya, Tan Chen Choon. 

Terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi DAP Johor oleh Mafia DAP dari  Pulau Pinang 

Sejurus selepas berakhirnya pilihan raya umum, isu itu dilihat sedikit reda apabila semua pimpinan DAP dilihat agak sibuk menguruskan pemilihan semula CEC parti ekoran aduan yang dibuat oleh ahli parti itu yang mendakwa berlakunya salah guna kuasa dan penipuan dalam proses pemilihan yang dilakukan sebelum ini.

Namun isu pergolakan itu kembali hangat apabila baru-baru ini, penyokong dan ahli DAP dikejutkan dengan gesaan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng dan bekas Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang. Mereka antara lainnya mendesak agar pimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Cheng Hau ditukarkan kepada pemimpin yang lain.

Mereka juga turut menamakan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching diangkat sebagai pemimpin yang baru. Ini kerana selain masih muda, mereka juga mendakwa Chin Tong dan Nie Ching mampu dan lebih layak memimpin berbanding Cheng Hau.

Walaupun secara dasarnya kenyataan tersebut adalah merupakan perkara biasa dalam proses demokrasi, namun ramai yang merasakan ia dilakukan ekoran dari arahan pemimpin ‘atasan’ yang mahu menyingkirkan Cheng Hau ekoran tindakannya sebelum ini yang dilihat jelas menentang Kit Siang.

Tambahan pula, Kow Meng dan Tong Hiang sememangnya diketahui tidak mempunyai hubungan baik dengan Dr Boo, semenjak mereka digugurkan daripada menjadi calon parti itu dalam pilihanraya yang lalu. Pemilihan pimpinan DAP Johor dijadualkan berlangsung pada 12 Januari depan. 

Cheng Hau sebenarnya tidak begitu digemari oleh dinasti Lim dan puak-puak mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Khususnya apabila dia dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim.

Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi. Oleh demikian, terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat keputusan untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina yang tinggi sekali 
gus membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain, yang selama ini telah bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.

Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa sokongan masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP. Cheng Hau juga mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau sehinggalah munculnya Kit Siang di Gelang Patah.

Tidak cukup dengan itu, pemilihan Chin Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching dari Selangor (Serdang) untuk bertanding di Johor juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengukuhkan kedudukannya Kit Siang. Kedua-dua mereka ini memang diketahui sebagai orang kuat dinasti Lim.

Malah, dengan kehadiran pemimpin luar di Johor, ia sebenarnya untuk memastikan kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.

Sebagai orang nombor satu dalam DAP Johor, Cheng Hau sebelum ini bermati-matian mempertahankan kuota kerusi untuk parti itu sehingga sanggup bergaduh sakan dengan Pengerusi PKR negeri, Chua Jui Meng.  Namun, setelah berjaya mempertahankan kerusi untuk DAP, dia akhirnya terpaksa akur dengan keputusan DAP pusat yang mahu membawa masuk ‘pemimpin pilihan‘ Dinasti Lim itu bagi dijadikan calon parti itu bertanding di Johor.

Sebagai tanda protes, Cheng Hau akhirnya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan bagi memberikan mesej yang jelas kepada Kit Siang. Ini kerana peletakan jawatan itu dilakukan ketika proses pilihanraya umum sedang dijalankan, sekaligus bakal menyebabkan gerak kerja dan kempen parti menjadi tidak tersusun dan kelam kabut.

Bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi, Kit Siang dan anaknya Guan Eng terpaksa ‘tunduk’dengan beberapa permintaan Cheng Hau yang mahu agar ‘orang-orangnya’ turut diberikan tempat untuk bertanding dan menyingkirkan beberapa nama calon yang merupakan penyokong setia ‘Dinasti Lim’.

Kesimpulannya, walaupun Kit Siang sering menuduh kerajaan sebagai zalim dan tidak demokrasi namun pada hakikatnya dia dan anaknya tidak pernah mengamalkan demokrasi dalam erti kata sebenar sepanjang pemerintahan mereka di dalam DAP. Pada mereka siapa sahaja yang menjadi musuh, harus dihapuskan.

Nampaknya benarlah seperti dakwaan sesetengah pihak, Kit Siang dan Guan Eng sebenarnya merupakan pemimpin yang mengamalkan kuku besi dan diktator.

1 comment: