Ahmad Said, Less talk and more work |
Isu pembohongan pimpinan pakatan pembangkang bukanlah satu perkara
yang baru. Malah pihak media pernah berulang kali mendedahkan ‘wajah
sebenar’ mereka yang sering ‘terkantoi’ dengan
perbuatan tersebut. Malah Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim juga sering
kali ditangkap dengan beberapa isu yang secara jelas membuktikan pembohongan
yang dilakukan.
Contohnya media baru-baru ini mendedahkan penipuan Anwar berhubung
isu 40 ribu pengundi Bangladesh yang dikatakan sebagai pengundi hantu. Namun
apabila didesak mendedahkan bukti berhubung dakwaan tersebut, Anwar dengan
segera menafikan kenyataan tersebut.
Paling menarik, dia bukan setakat menafikan kenyataan, malah turut
meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno. Tetapi ternyata Anwar terlupa, semua
kenyataan berhubung isu tersebut telah direkodkan. Bak kata pepatah “kalau
tidak menipu, bukanlah Anwar Ibrahim namanya”.
Mungkin kerana sudah terbiasa dengan sikap Anwar itu, ramai
pimpinan pakatan pembangkang khususnya di dalam PKR pula mewarisi sikap
tersebut. Sebagai contoh, Ahli Parlimen PKR, Fuziah Salleh baru-baru ini cuba
membawa usul tergemar berhubung masalah banjir yang berlaku di Kuantan untuk
meminta kerajaan mengisthiharkan darurat di kawasan tersebut.
Dari satu segi, usaha tersebut merupakan satu tindakan yang
sewajarnya, tamabahan pula dia adalah merupakan wakil rakyat bagi kawasan
tersebut. Namun apa yang dikesalkan apabila dia cuba memberikan persepsi
kononnya kerajaan tidak peka terhadap isu tersebut. Paling mengecewakan, dia
turut mendakwa langsung tiada sebarang bantuan dan jentera yang digerakkan bagi
membantu magsa yang terlibat.
“(Saya terima) panggilan daripada rumah tengah malam, air sampai
leher, mohon dibantu dan tidak ada Jabatan Perkhidmatan Awam datang, tidak ada
bot, tidak ada polis, tidak ada bomba. Saya terima panggilan daripada pusat
pemindahan banjir, 4000 penduduk JKM tidak masuk, tidak ada makanan pukul 3
pagi,” katanya.
Sedangkan mengikut laporan yang diterima, hampir seluruh agensi
kerajaan telah digerakkan bagi membantu mangsa yang terlibat. Tidak cukup
dengan itu hampir 2,400 Askar Wataniah turut digerakkan bagi memberikan
bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini khususnya apabila diperlukan pada
saat-saat genting. Malah mereka turut menawarkan aset-aset seperti bot atau
trak bagi memudahan proses pemindahan.
Disebabkan tuduhan tersebut, Wanita Umno sebelum ini menyelar
tindakan pembangkang yang mendakwa dan membuat tuduhan melulu bahawa UMNO hanya
berseronok berada di perhimpunan agung parti itu yang sedang berlangsung ketika
ini tanpa turun padang membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang terlibat
dengan bencana itu.
Sambil menafikan tuduhan jahat itu, Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil berkata, dakwaan tersebut merupakan satu lagi pembohongan dahsyat
pembangkang kerana ramai pemimpin tertinggi parti termasuk Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri
sanggup meninggalkan perhimpunan terbesar parti demi meninjau keadaan di
negeri-negeri terlibat.
"Kenyataan itu memang pembohong dan bangsat kerana Presiden
UMNO sanggup meninggalkan kami semua di dewan ini untuk pergi ke tempat banjir
di Pahang (semalam). Hari ini pula Timbalan Presiden pergi membuat lawatan termasuk
semua menteri besar, ahli Parlimen, ADUN dan ketua bahagian tidak ada di sini
kerana semua turun ke padang.
"Saya nak tanya di mana ahli yang berhormat daripada
pembangkang? Saya nak tanya kepada Ahli Parlimen Kuantan, apa yang dia nak buat
kepada pengundi yang ada di Kuantan? Jangan nak cakap sahaja, kalau tidak ada
ahli Parlimen, PM dan TPM daripada BN, hanyut semua pengundi yang mengundi
pembangkang," katanya.
No comments:
Post a Comment