KL CHRONICLE: Hassan Malek Harus Dipecat , Gantikan Dengan @azwanbro Lagi Bagus @NajibRazak #KLChronicle

Saturday, December 28, 2013

Hassan Malek Harus Dipecat , Gantikan Dengan @azwanbro Lagi Bagus @NajibRazak #KLChronicle

Menteri paling "lousy" kita ada
Penulis berasa kesal dengan kenyataan terbaru Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat jumaat lepas.Menteri ini seolah-olah "lost touch" dengan kesusahan yang dialami rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang, minyak tol dan lain-lain yang semakin mendadak. Hassan Malek dipetik berkata:



"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya,"

Bagi penulis jika inilah kualiti menteri yang kita ada, elok sahaja Hassan Malek letak jawatan. TIdak tahukah Hassan Malek tentang keluhan rakyat? Tidak semua rakyat bernasib baik seperti Menteri yang mempunyai pelbagai elaun seperti elaun perumahan, minyak dan sebagainya. Rakyat harus bekerja keras hanya untuk memastikan "there is food on the table"

Kalau pun ye Menteri ni hendak "backing" kerajaan, tapi berpada lah sikit dan jaga perasaan rakyat. Oleh itu oleh sebab bebal menteri ni dah teruk sangat, saya nak syorkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gantilah Hassan Malek ni dengan orang lain. Mungkin "promote" Azwan Bro Naib Ketua Pemuda UMNO jadi menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) lagi bagus. At least dia tahu keluh kesah rakyat. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget