Klik untuk besarkan imej |
Di sebabkan tidak berpuas hati dengan tawaran yang diberikan oleh
kerajaan negeri Pulau Pinang yang dianggap kejam dan zalim, masyarakat India
dan penduduk kampung Ladang Byram, Nibong Tebal bertegas untuk mempertahankan
rumah kediaman mereka yang telah diduduki sejak sekian lama.
Ia ekoran dari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri agar
para penduduk yang terdiri daripada 19 keluarga di kawasan tersebut, segera
mengosongkan rumah mereka bagi membolehkan kawasan tersebut dijadikan tempat
pelupusan sampah.
Sebagai pampasan, setiap keluarga akan dibayar pampasan sebanyak
RM2,000.00 dan diberikan sebuah rumah pangsapuri untuk disewa yang terletak di
Jawi dengan bayaran RM100.00 sebulan. Menurut salah seorang wakil penduduk yang
ditemui, jumlah pampasan yang diberikan adalah amat rendah sekaligus
membuktikan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak mempedulikan nasib
masyarakat India di kawasan tersebut.
“Kita ini sudah lama duduk (hampir 33 tahun), kita tidak mahu
duduk flat (rumah pangsa). Sudah bagi tahu banyak kali, sudah hampir 6 bulan
mereka (kerajaan negeri) datang untuk berbincang namun masih tetap mengeluarkan
surat untuk keluar rumah (notis mengosongkan rumah).
“Mereka suruh kita duduk rumah pangsa, mereka tahu tak (ada
keluarga yang tidak mampu bayar) bil elektrik. (Adakalanya) hampir 3 bulan bil
tersebut (tertunggak). Inikan pula diminta untuk membayar duit sewa rumah
tersebut berjumlah RM100.00 sebulan” kata wakil tersebut dengan nada sedih
ketika ditemui petang semalam.
Paling memeranjatkan mereka, apabila perjumpan yang diadakan
dengan Timbalan Ketua Menteri 2, Prof Dr. P. Ramasamy bukan sahaja gagal
mencari jalan penyelesaian namun telah memburukkan lagi keadaan. Ini kerana
selepas 3 hari perjumpan tersebut diadakan mereka menerima satu lagi notis yang
meminta semua penghuni rumah segera berpindah.
“Semasa perjumpaan tersebut dia (Ramasamy) juga yang mencadangkan
agar mana-mana keluarga ingin berpindah boleh berbuat demikian, manakala yang
tidak bersetuju boleh terus tinggal sehingga persetujuan dapat dicapai. Namun
selepas 3 hari, mereka mengeluarkan notis untuk kosongkan rumah.
“Permintaan kami mudah, cari satu kawasan yang berhampiran untuk
kami tinggal. Ini kerena rata-rata penghuni adalah merupakan kanak-kanak kecil
dan warga emas yang uzur. Tambahan pula semua penghuni bekerja di ladang yang
berhampiran.
Menurutnya, dulu kerajaan DAP pernah sekali memberikan mereka 10
kilogram beras untuk setiap keluarga, namun selepas itu langsung tiada sebarang
bantuan yang diberikan.
“Saya mahu tanya, dua kali mereka telah menang, apa yang telah
mereka berikan kepada kami? Apapun tidak ada. Kita pergi jumpa dengan Datuk
Zainal (Abidin Osman). Dia yang tolong sama kita, tapi sayang dia kalah.
“Kalau dia menang (dalam pilihanraya umum yang lalu) pasti beliau
akan bantu kami di sini. Sekarang dia tidak ada, kita semua susah, macam anjing
ke sana sini (meminta bantuan)” jelasnya dengan nada yang kecewa.
No comments:
Post a Comment