Tindakan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang cuba menjawab kembali
isu kritikan petani berhubung cara dan kaedah yang digunakan oleh parti itu
ketika program ‘Tok Guru Turun Bentang’ tempoh hari akhirnya
memakan diri. Dia yang cuba mempertahankan ‘aksi’ Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menabur benih padi yang disifatkan
sebagai ‘cara memberi makan ikan’ itu,
akhirnya ditempelak oleh salah seorang petani semalam.
Bertempat di pusat media Pas, Mahfuz telah mengadakan satu sidang
akhbar khas bagi mempertahankan kaedah yang digunakan itu. Dia dengan penuh
yakin mengatakan kaedah tersebut turut digunakan oleh golongan petani di Sungai
Limau yang disifatkan sebagai teknik orang kampung.
“Satu tabur kering, satu tabur basah dan satu lagi tabur air. Dua
hari sebelum itu, dia (tuan punya bendang) sembur racun untuk (bunuh) siput
gondang. Lepas dua hari baru kami pi tabuq dan siput gondang akan mati. Ini
teknik orang kampung” katanya.
Paling menarik, Mahfuz turut mengatakan laporan yang dikeluarkan
oleh Berita Harian sebagai laporan pekak, sedangkan ia secara
khusus merujuk kepada kenyataan seorang Pas yang mempertikaikan kaedah
tersebut. Atau dalam bahasa mudah, Mahfuz sebenarnya menghina ahli Pas tersebut
yang disifatkan sebagai pembohong yang pekak.
Sedangkan rata-rata yang hadir semalam, mengetahui kenyataan
Mahfuz itu hanya bertujuan untuk mempertahankan tindakan Hadi yang jelas tidak
mengetahui cara dan kaedah sebenar proses penanaman padi. Tidak tahan dengan
penipuan Mahfuz itu, petani yang turut hadir itu lantas bangun yang
mempertikaikan kenyataan Mahfuz itu.
“Saya ni orang Kedah, besar dalam bendang. Tapi seingat saya, kami
tak pernah tabur padi dalam ayaq (air)” katanya.
Terkejut dengan persoalan tersebut, Mahfuz yang merah muka lantas
mengatakan kaedah tersebut adalah merupakan cara lama yang tidak mempunyai
inovasi.
“Tak pa la, yang tu yang tak ada inovasi. Yang ini generasi baru
yang ada inovasi tinggi” balas Mahfuz tersipu-sipu.
Terdahulu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika berceramah di
Dulang Besar dilihat turut menghina masyarakat Sungai Limau yang dikatakan daif
dan miskin. Malah kenyataan itu sengaja diulang beberapa kali sehingga
menimbulkan rasa kurang senang penduduk Sungai Limau yang hadir.
Ini kerana umum mengetahui Dun Sungai Limau adalah merupakan kubu
kuat pas sejak 5 penggal yang lalu. Malah sepanjang tempoh hampir 20 tahun,
BN/Umno tidak pernah berjaya memenangi kawasan tersebut yang sebelum ini di
kenali sebagai DUN Sala.
Kesian orang Sungai Limau, bagi mencari simpati pengundi pelbagai
gelaran telah diberikan oleh pimpinan pembangkang kepada mereka. Apa pun di
doakan semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk mengundi BN/umno dalam
pilihan raya kecil ini sekali gus menyahut cabaran untuk #BeraniHijrah.
No comments:
Post a Comment