KL CHRONICLE: #PRKSGLIMAU Kantoi, Tawaran Kerusi Ketua Pemuda Kepada Calon PAS Jika Menang #KLChronicle

Friday, November 1, 2013

#PRKSGLIMAU Kantoi, Tawaran Kerusi Ketua Pemuda Kepada Calon PAS Jika Menang #KLChronicle

Rupanya ada udang di sebalik batu. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada calon Pas di Sungai Limau yang dikatakan akan diberikan laluan mudah untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Pas pusat sekiranya berjaya mempertahankan kemenangan parti itu.



Kepimpinan Pas Kedah yang berpecah kepada 3 kumpulan sebelum ini dikatakan saling berebut untuk meletakkan calon pilihan mereka bagi mewakili Pas di Sungai Limau. Malah Pas pusat juga sebelum ini turut memaklumkan, seramai 8 orang calon telah tersenarai pendek bagi mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil pada kali ini.

Dengan menggunakan kuasa veto yang ada, Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri telah berjaya menyingkirkan semua calon-calon lain bagi memastikan ‘orangnya’ dipilih sekali gus mengukuhkan penguasaan dan pengaruhnya di negeri Kedah.

Tindakannya itu akhirnya mula memakan diri, apabila jentera Pas Kedah dari kem Phahrolrazi dan kumpulan pro-Azizan yang mengambil tindakan sabotaj bagi menyatakan bantahan atas tindakan Mahfuz itu. Ini kerana menurut mereka masih banyak lagi calon yang lebih layak untuk diketengahkan oleh Pas.

“Mahfuz sepatutnya meletakkan mereka yang telah lama berjuang bersama parti. Tambahan pula, masih ramai lagi berkelayakan, dan telah terbukti membantu dan berjuang atas nama parti yang sepatutnya diberikan peluang” kata salah seorang jentera Pas dari kawasan Jerai.

Malah menurutnya, tindakan ahli parlimen Pokok Sena itu boleh menyebabkan ramai aktivis dan pejuang Pas menjauhkan diri dan meninggalkan parti kerana merasakan sumbangan mereka tidak dihargai.

Mahfuz juga dikatakan begitu beria-ia mahu meletakkan Azam sebagai calon Pas, sehingga ada yang mengatakan laluan mudah bakal diberikan sekiranya dia menang di Sungai Limau. Tawaran itu dibuat, sebagai timbal balas untuk membantu mengukuhkan penguasaan Mahfuz di peringkat pusat dan Kedah.

Penyandang jawatan ketua pemuda, Nasrudin Hassan sebelum mengatakan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan muktamar Pas yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Dia yang juga merupakan ahli parlimen untuk kawasan Temerloh itu dikatakan lebih berminat untuk mencuba nasib untuk jawatan ahli jawatankuasa Pas pusat.

Menurut sumber dalaman, parti itu dikatakan sedang dalam proses pembersihan untuk menyingkirkan pimpinan yang bukan dari kumpulan ulama. Ini kerana sejak akhir-akhir ini Pas dikatakan sering menerima tekanan dari kumpulan Endorgan dan Liberal yang mula menujukkan sikap untuk menguasai parti itu.

Malah tindakan mereka juga sering kali dilihat bertentangan dengan perjuangan asal parti itu yang ingin menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget