DAP telah lama menuduh UMNO sebagai rasis kerana tidak membuka
keahlian kepada semua kaum. Tuduhan
ini dimainkan bersungguh-sungguh bagi membentuk persepsi bahawa UMNO itu jahat
dan tidak adil.
Walhal, UMNO, bekerjasama dengan MCA dan MIC iaitu parti Cina dan
India dan bergerak sebagai satu parti di bawah Barisan Nasional. Dengan cara ini semua kaum mempunyai
ketua atau Presiden yang mempunyai kuasa untuk menyampaikan suara kaum masing-masing
tanpa ada yang terpinggir.
Berbeza dengan DAP yang mempunyai ahli dari berbagai kaum tetapi
semua pemimpin tertinggi merupakan dari kaum yang sama dan kaum-kaum lain tidak
punya platform langsung untuk bersuara.
Bukan itu saja, kaum bukan Cina di dalam DAP juga ditindas dan
tidak punya ruang untuk mencabar kepimpinan melalui apa jua cara sepertimana
MCA dan MIC dan parti-parti komponen BN yang mewakili kaum bumiputera di Sabah
Sarawak diberi ruang di dalam kerajaan untuk turut sama membuat keputusan dalam
negara.
Hari ini, DAP juga turut menimbulkan soal parti keagamaan, yang
mana ditujukan khas kepada PAS, sekutunya sendiri. Menurut Karpal Singh, parti perkauman
dan keagamaan adalah merbahaya untuk negara.
Kita tahu bahawa DAP ingin mengubah sejarah, tetapi kita tidak
percaya yang Karpal telah lupa sejarah. PAS
telah wujud sejak tahun 1951, MCA pula sejak 1949, MIC pada 1946 sama dengan
UMNO. Ini bermakna parti
berasaskan kaum dan agama ini telah wujud sejak sekian lama di negara ini.
Namun, selama itu juga terbukti, selain PAS, peranan UMNO, MCA dan
MIC adalah membawa perpaduan dan keharmonian di negara ini bukannya ketegangan.
Malangnya, semangat perpaduan UMNO, MCA dan MIC telah tidak
dikongsi oleh parti berbagai kaum seperti DAP.
Justeru, DAP telah mencetuskan keganasan kaum pada 13 Mei 1969
atas dasar semangat keCinaan yang melampau. DAP dan juga Gerakan pada waktu itu,
iaitu dua parti yang kononnya tidak ditubuhkan dengan berasaskan kaum, telah
dengan sengaja mencabar orang-orang
Melayu dengan memperlekehkan dan menghalau mereka ke hutan. Kononnya, laung DAP, negara ini adalah
milik Cina dan bakal diperintah oleh DAP iaitu parti yang mendabik dada sebagai
‘parti berbagai kaum’ itu.
Dalam ketegangan itu, pemimpin UMNOlah yang bangkit bertindak
untuk memulihkan keadaan. Pemimpin
UMNOlah yang mengembalikan keamanan dan perpaduan dengan kerjasama dan bantuan
MCA serta MIC. Ketiga-tiga
parti perkauman ini menjadi agen keharmonian yang berjaya diteruskan sehingga
ke hari ini.
Manakala parti berbagai kaum iaitu DAP pula terus berusaha untuk
mencetuskan ketegangan kaum melalui berbagai cara. Di era teknologi maklumat ini,
laman-laman sosial digunakan sepenuhnya oleh penyokong-penyokong DAP untuk
memprovokasi umat Islam dan Melayu. Mujurlah
kerajaan pimpinan UMNO itu cukup matang dan bijaksana untuk mengendalikan
keadaan dan berjaya mengekang sebarang ketegangan.
Jelas, yang penting di sini bukan nama atau atas dasar apa parti
ditubuhkan tetapi, siapa yang menerajui parti itu. Jika penerajunya seorang rasis, maka
ia akan tetap bersikap rasis biarpun partinya terbuka kepada semua kaum. Jika penerajunya bukan seorang rasis,
maka ia akan tetap berlaku adil kepada semua walaupun partinya adalah parti
satu kaum.
Karpal Singh tentunya seorang yang lembab kerana tidak dapat
menganalisis perkara ini. Itulah
jadinya jika enggan belajar dari sejarah dan menafikan sejarah.
Sejarah tidak pernah menipu, manusia sahaja yang boleh menipu,
apatah lagi seorang peguam yang juga seorang ahli politik seperti Karpal
Singh.
1 comment:
Otak mereka sentiasa berfikir bagamana hendak menjatuhkan kerajaan orang melayu dan orang islam ini. Bukan mereka lembab tetapi tamak untuk berkuasa sehingga mengeluarkan cadangan supaya rakyat sentiasa menyebelahi mereka tanpa disedari oleh sebilangan orang yang tidak mahu berfikir...mereka pakar spin kerana bukan sahaja tidak merujuk fakta sejarah malahan diputar2 untuk kesesuaian politik mereka.....
Kesihan sungguh kepada ahli2 pembangkang islam yang menyokong ahli politik sebegini ....
Post a Comment