KL CHRONICLE: Pemilihan #PAS : Bukti Mohamad Bin Sabu Adalah Kroni @cmlimguaneng #KLChronicle

Sunday, November 10, 2013

Pemilihan #PAS : Bukti Mohamad Bin Sabu Adalah Kroni @cmlimguaneng #KLChronicle

Menjelang pemilihan PAS yang akan diadakan tidak lama lagi, dilihat pihak Pro - Anwar Ibrahim sedang bekerja "overtime" untuk memastikan calon mereka menang. Calon yang paling penting sekali dari kumpulan Anwar Ibrahim sudah semestinya Timbalan Presiden PAS iaitu Mohamad Bin Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Menarik nya cerita pasal Mat Sabu ni, 



Umumnya kita sudah ketahui bahawa beliau adalah kroni kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. JIka dilihat dari gambar-gambar program yang dihadiri oleh Mat Sabu, kebanyakkanya adalah program yang dianjurkan oleh DAP Pulau Pinang. Cuba lihat gambar-gambar dibawah:
Makan malam di Pulau Pinang
Ceramah PRU-13 di Pulau Pinang
Banyak lagi gambar Mat Sabu bersama Lim Guan Eng di internet yang para pembaca boleh search. Saya tidak berminat tentang itu. Perkara yang saya ingin ketengahkan hari ini adalah berkaitan perlantikan Mat Sabu sebagai Non-Executive Director bagi PBA Holdings Berhad. Persoalan disini adalah, apa value added yang Mat Sabu dapat bawa kepada PBA Holdings berhad? PBA adalah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mode of business adalah water supply. 

http://www.pbahb.com.my/info.html
Sepertimana yang kita ketahui, Mat Sabu bukanlah graduan dalam industri water, water treatment ataupun waste water. Beliau adalah graduan dari Uitm dalam bidang makanan (mungkin saya salah), jadi macam mana graduan dalam bidang makanan boleh memegang jawatan sebagai Non Executive Director dalam satu syarikat milik kerajaan Pembangkang? Bukankah ini satu abuse of power? 

Selain itu, jika difikirkan semula, kenapa bukan pemimpin PAS lain yang dilantik sebagai Non Executive Director PBA Holdings Berhad? Jika dilihat dari segi kelayakan, ramai lagi pemimpin PAS yang layak. Umum ketahui bahawa didalam PAS Pulau Pinang terdapat ramai profesional seperti jurutera dan peguam yang boleh memberikan input yang lebih bermakna dalam pentadbiran PBA berbanding Mat Sabu. 

Pada pendapat saya, perlantikan Mat Sabu dalam PBA Holdings Berhad oleh Lim Guan Eng adalah untuk "gam" Mat Sabu dari mengkritik DAP. Jika ahli PAS tengok betul-betul, apabila Karpal Singh minta PAS dibubarkan, Mat Sabu sepatah pun tidak komen ataupun membidas Karpal Singh/DAP. Yang terhegeh-hegeh untuk "defend" PAS adalah dari kumpulan Ulama seperti Datuk Harun Taib, Tuan Ibrahim dan lain - lain. Mat Sabu, sebagai Timbalan Presiden diam seribu bahasa. 

Betul lah apa orang kata, dengan duit apa sahaja boleh dibeli dan nampaknya Timbalan Presiden PAS juga telah dibeli.. wallahualam

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget