Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak meminta pendaftaran rakannya dalam Pakatan Rakyat, PAS supaya dibatalkan, kata rakan sepasukan dalam DAP, Lim Kit Siang (gambar) yang menjelaskan perkara itu menerusi blognya malam tadi.
Lim yang juga penasihat DAP turut memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengganggu perpaduan dalam Pakatan Rakyat iaitu gabungan parti pembangkang DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat.
“Saya sudah bercakap dengan Karpal dan dia menjelaskan bahawa tidak pernah meminta pendaftaran PAS dibatalkan.
“Karpal mengkritik Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengugut Majlis Peguam terhadap sokongan yang diberikan kepada akhbar mingguan Katolik, Herald, menekankan bahawa bagi kepentingan perpaduan negara, persatuan politik atau professional tidak patut menyentuh unsur kaum dan agama,” katanya.
Kit siang nampak nya masih cuba menipu, jika dilihat dari artikel yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider (media portal pembangkang) dengan jelas Karpal Singh mengatakan:
“Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. [SUMBER]
Jadi bagaimana pula Lim Kit Siang boleh nafi DAP desak pendaftaran PAS dibatalkan. PAS adalah parti berlandaskan agama Islam, oleh itu PAS tergolong dalam pertubuhan atau persatuan politik yang dikatakan oleh Karpal SIngh wajar dibubarkan. Saya berharap Lim Kit Siang jangan lah memperbodohkan orang Melayu, kami tidak sebodoh orang-orang Cina yang mempercayai parti DAP.
JIka betul Kit Siang nafi DAP desak pendaftaran PAS dibatalkan, kenapa pula PEMUDA PAS meroyan minta karpal tarik balik kenyataan, kan ke bodoh macam itu? Sila baca disini [SUMBER]
Akhir sekali, agaknya siapa lah yang bodoh dan diperobodohkan, DAP atau PAS? Malang nya yang rugi adalah orang Melayu Islam juga, Wallahualam.
No comments:
Post a Comment