Kita melihat Karpal Singh mempunyai satu tugas khas di dalam DAP
iaitu ‘mencari gaduh’ dengan PAS.
Tugas ini mudah iaitu beliau hanya perlu membuat kenyataan
kontroversi yang menyentuh sensitiviti umat Islam bagi memberi peluang PAS
untuk menempelaknya sekadar untuk menunjukkan yang parti itu memperjuangkan
Islam. ‘Pergaduhan’ ini
pula akan diperbesar-besarkan dan berlarutan bagi mengambil ruang di dada
akhbar sehingga isu-isu lain yang lebih besar dilupakan.
Kali ini, Karpal Singh memilih untuk mengacah PAS mengenai nama
parti itu dan hakikat bahawa parti itu adalah parti Melayu-Islam. Menurut Karpal, parti berasaskan agama
dan kaum adalah merbahaya dan tidak patut wujud di negara ini yang bermasyarakat
majmuk. ‘Bahaya’ di sini
adalah merujuk kepada ekstremisme dan potensi untuk mencetuskan ketegangan
agama dan kaum.
Karpal mungkin lupa bahawa parti DAP lah yang bertanggungjawab
mencetuskan tragedi berdarah iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 walaupun parti
itu mendabik dada sebagai parti berbagai kaum.
Karpal nampaknya hanya ingin menguji air sungai PAS yang
tenang. Hasilnya, air itu
hanya berkocak sedikit sahaja kerana tiada pun buaya di dalamnya. Sebagai respon, PAS hanya merungut dan
mengecam kenyataan Karpal dan kemudian duduk kembali mengira-ngira langkah ke
‘syurga’.
Sebaliknya, UMNO yang turut terasa apabila parti ‘kaum’
dibangkitkan, telah menyerang balas Karpal dengan persoalan mengenai kewujudan
‘sekolah perkauman’ yang diperjuangkan DAP.
Seperti yang kita tahu, adalah pantang sekali bagi DAP apabila
sekolah vernakular disentuh. Jelas,
serangan balas dari UMNO itu telah gagal dijangka oleh Karpal, dan beliau kini
membisu seribu bahasa.
Bagi menyelamatkan Sekolah Vernakular dari menjadi sasaran, Lim
Kit Siang pantas tampil menafikan kenyataan Karpal. Katanya, media tersalah lapor, media
sengaja memutarbelit dan media menipu kerana Karpal tidak pernah berkata
demikian.
Penafian ini turut disiarkan oleh Kit Siang di dalam blognya
sebagai kenyataan rasmi.
Hairan sekali, ke mana kah Karpal pergi? Kenapa beliau tidak boleh menafi
sendiri? Kenapa orang lain
yang perlul menafi bagi pihaknya? Benarkah
kenyataan beliau diputarbelitkan? Atau
hanya Kit Siang yang memberikan alasan demikian?
DAP nampaknya telah tersilap strategi apabila cuba memprovokasi
PAS dan UMNO sekali gus. PAS
mungkin berjaya diacah, tetapi UMNO tidak sebodoh itu untuk membiarkan DAP
bercakap semahu-mahunya sesuka hati. Negara
ini ada undang-undang dan perlembagaan dan undang-undang dan perlembagaan itu
telah terbukti baik dan tepat dalam menjamin kesejahteraan kita semua.
Keberkesanan undang-undang dan perlembagaan itu terletak di atas
sikap toleransi yang tinggi di kalangan rakyat negara ini terutama kaum
bumiputera.
Kaum bumiputera telah memberi kaum minoriti hak untuk membuka
sekolah perkauman, maka sebagai balasan kaum minoriti wajib menerima kewujudan
parti perkauman. Kita juga
memberi kaum minoriti hak untuk mengamalkan agama masing-masing dengan
kemudahan dan pembangunan yang perlu, maka kaum minoriti wajib menerima
kewujudan parti keagamaan.
Negara ini berdiri atas sikap memberi dan menerima bukannya dengan
sikap ingin membolot segala-galanya. Justeru,
Karpal perlu faham akan hal ini sebelum membuka mulut.
Tidak hairanlah, Kit Siang cepat-cepat menutup mulut Karpal kerana
bimbang sekiranya DAP ditekan sehingga terpaksa menjawab isu Sekolah Vernakular
yang mana mereka tidak mempunyai alasan yang kuat untuk terus memperjuangkannya.
No comments:
Post a Comment