Mungkin kerana merasakan sudah terlalu
kuat dan kebal, disebabkan berjaya menawan Pulau Pinang selama 2 penggal
berturut-turut, seorang pemimpin DAP baru-baru ini dilaporkan telah mengeluarkan
satu kenyataan kontroversi dengan memanggil kakitangan Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap.
Di dalam kejadian Sabtu lalu, ahli
parlimen Jelutong, Jeff Ooi dilaporkan telah menghina kakitangan MPPP yang
berpangkat rendah. Malah ketika ditanya mengenainya, Ooi seolah-olah bangga
dengan perbuatannya itu apabila mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada
beberapa pegawai MPPP.
Ia disebabkan kerana mereka dikatakan
tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain
tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi
lawatan itu.
"You are insulting me by sending a
lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan
menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... Kita nak
selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih
junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," katanya.
Disebabkan kenyataan itu, ia telah
menimbulkan kemarahan orang ramai khusus mereka yang bertugas di MPPP. Media
baru-baru ini melaporkan lawatan Ooi di Pasar Jelutong bertukar kecoh apabila
seorang pekerja MPPP menggesanya menarik kembali label kucing kurap itu.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, bekas
Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP Mohd Rofi Osman mendekati Ooi, yang
ketika itu sedang mengadakan sidang akhbar mengenai penjaja tidak berlesen, dan
dengan suara yang kuat memintanya memohon maaf secara terbuka kepada semua
kakitangan MPPP.
Bagaimanapun, Jeff seolah-olah tidak
mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi yang ditemani isterinya, Aminah Abdullah dan
cuba mengelak daripada bersemuka dengan mereka.
Beberapa pembantunya cuba menghalang
kedua-dua mereka daripada menghampiri ketika Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri
itu mengadakan sidang akhbar berhubung penjaja haram di kawasan berkenaan.
Berikutan 'serangan' tersebut,
Jeff terpaksa menamatkan segera sidang akhbar berkenaan lalu beredar dari situ.
Rentetan dari itu, Pengerusi PKR negeri,
Mansor Othman segera mengeluarkan kenyataan menggesa Ooi agar menarik kembali
kenyataan itu sambil meminta maaf. Ia mungkin kerana, Mansor bimbang kejadian
tersebut bakal menyebabkan PKR kehilangan sokongan orang Melayu kerana gagal
membela isu MPPP ini.
"Jika mahu menegur penjawat awam,
beliau perlu melakukannya melalui saluran yang betul. Gangguan sedemikian tidak
mencerminkan profesionalisme sebagai seorang anggota Parlimen," kata
Mansor yang juga merupakan ahli parlimen Nibong Tebal.
Tambahnya lagi, komen Ooi itu tidak sesuai
dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan
tercela.
Namun, tetap dengan sikap keras kepalanya,
Ooi kembali mempertahankan ucapannya sambil menyindir Mansor.
"Kita hampir terlupa beliau (Mansor)
di Pulau Pinang. Adakah dia 'tokong' di sini? Jangan cuba
jadi tokong."
1 comment:
Memanglah orang2 yg tak buat kerja , tunggu duit hujung bulan itu kucing kurap.
Post a Comment