@anwaribrahim bersama Paul Wolfowitz |
Agenda Anwar Ibrahim yang hanya
memperkudakan Pas demi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri membuktikan
sikap tidak ikhlas beliau terhadap parti Islam itu.
Pendedahan tersebut yang dibuat oleh bekas
menteri besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Razak kepada mantan menteri
penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengguatkan lagi persepsi bahawa Pas
kepada Anwar hanyalah sekadar karpet untuk mengesatkan kakinya.
Di dalam tulisan di dalam blognya Zamkata,
Zainuddin berkata lidas rasmi Pas, Harakah, pernah menghina presiden parti itu
sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
bahawa beliau hanya layak menjadi seorang nelayan.
Anwar menanam agen-agennya di dalam Pas
yang dikenali sebagai Anwarinas atau kumpulan Erdogan seperti Husam Musa,
Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Dr
Syed Azman, Dr Mujahid Yusuf dan Salahuddin Ayub.
Mereka ini membawa agenda sulit serta
bertindak menjadi corong mulut Anwar di dalam Pas bagi mengimbangi pengaruh dan
kuasa golongan agamawan dan ulama di dalam parti itu.
Anwar tahu bahawa golongan ulama amat tidak
setuju dan menolak keburukan peribadi beliau yang terlibat dalam perbuatan
liwat.
Malah peribadi jijik Anwar ini sudahpun
menjadi pengetahuan umum sebilangan pimpinan besar Pas termasuk Abdul Hadi yang
sama-sama membesar di dalam perjuangan Abim lebih tiga dekad dahulu.
Bekas pemimpin Abim seperti Tan Sri Sanusi
Junid sudahpun memperkatakan mengenai kecenderungan Anwar menyukai budak-budak
lelaki jambu sejak awal tahun 1980an.
Tetapi ketika itu siapapun tidak pedulikan
apa yang disebut oleh Sanusi kerana di kalangan pelopor Abim mereka tahu Anwar
dan bekas menteri pertanian itu memang tidak sebulu dari zaman muda mereka
lagi.
Lagi pun Anwar baru sahaja diterima masuk
UMNO dan terus mendapat layanan istimewa daripada perdana menteri ketika itu,
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar ditatang sebagai anak emas oleh Dr
Mahathir dan kelajuan beloiau menaiki tangga politik di dalam UMNO adalah juga
disebabkan faktor bosnya.
Anwar menjadi 'untouchable' di dalam UMNO
kerana beliau dilihat sebagai pengganti Dr Mahathir sebagai presiden parti dan
juga bakal perdana menteri.
Namun takdir mengatasi segalanya dan beliau
terhumban dalam keadaan hina dan mengaibkan daripada persada kuasa yang dipuja
dan disanjung selama 16 tahun.
Walaupun Anwar pernah menghamburkan
kata-kata keji, kesat dan menghina kepada pemimpin-pemimpin pas ketika beliau
menjadi pemimpin kerajaan Barisan Nasional, namun demi masa depan politiknya
pasca kerajaan, beliau terpaksa menelan semuanya kembali walaupun pahit.
Setelah dipecat Anwar mula melunakkan hati
pemimpin Pas dan kata-kata manisnya terutamanya terhadap golongan ulama.
Hinggakan sampai ke hari ini, mursyidul am
Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi satu-satunya penyokong kuat Anwar di dalam
parti itu.
Katalah apa sahaja keburukan Anwar kepada
Nik Aziz dan bawalah sebeban bukti untuk menguatkan hujah mengenai perbuatan
liwatnya, semuanya akan ditolak bulat-bulat.
Bagi Nik Aziz, Anwar adalah pemimpin hebat
yang telah dianiayakan oleh Dr Mahathir tetapi malang bagi beliau kerana
ketaksuban beliau telah menutup pinti kebenaran mengenai karektor dan identiti
sebenar ketua umum PKR itu.
Melalui jarum pengaruh halus yang digunakan
terhadap Nik Aziz, Anwar berjaya meyakinkan parti itu untuk membuat kerjasama
politik atau tahalus siyyasah bersama Dap dan PKR dalam gabungan Pakatan
Rakyat.
Pada mulanya pas menerima hasil yang
lumayan kerana berjaya meningkatkan jumlah kerusi parlimen pada Pilihan Raya
Umum 2008 tetapi menjadi jelas pada PRU13, pemenang terbesar adalah Dap.
Dap berjaya menggunakan Pas sebagai keldai
tunggangan dan mengautkan keuntungan politik yang amat besar mendapat undi
Melayu daripada parti itu.
Di beberapa kawasan yang ditandingi oleh
Pas, parti itu tidak mendapat sebanyak undi daripada kaum Cina termasuk
daripada anggota Dap sendiri.
Kekalahan pembangkang pada pilihan raya
lalu untuk merampas Putrajaya telah membuka mata pemimpin Pas bahawa mereka
selama ini telah menjadi balaci Anwar tanpa disedari.
Kini sudah ada gerakan yang lebih serius di
dalam parti itu untuk menolak kepimpinan Anwar yang sudah dilihat sebagai
pemimpin era jurassik oleh pemimpin generasi muda Pas.
No comments:
Post a Comment