KL CHRONICLE: Maka Mesyuarat Perwakilan #UMNO Bahagian Seputeh menggesa Majlis Tertinggi UMNO Untuk..... #KLChronicle @razlanrafii

Saturday, October 12, 2013

Maka Mesyuarat Perwakilan #UMNO Bahagian Seputeh menggesa Majlis Tertinggi UMNO Untuk..... #KLChronicle @razlanrafii



Menyedari bahawa kaum Melayu merupakan majority penduduk dan mempunyai hak-hak keistimewaan yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara yang perlu dihormati dan dipertahankan,  Bahasa Melayu perlu menjadi Bahasa yang dominan dalam pemerintahan Negara. 


Mengingati bahawa penguasaan bahasa Melayu akan terhakis dan hilang sekiranya orang Melayu tidak bertindak untuk menguatkan penggunaan bahasa Melayu oleh kesuluruhan rakyat Malaysia akibat  scenario politik semasa yang semakin terbuka dan mencabar ketika ini.
Menginsafi bahawa selepas PRU – 13, Bahasa Melayu semakin dicabar dan penggunaanya semakin kurang dikalangan orang Malaysia

Maka Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seputeh yang bersidang hari ini 12 October 2013, menggesa Majlis Tertinggi UMNO Malaysia:

1.     BERUSAHA DAN MENDESAK KERAJAAN MEMASTIKAN PEMOHON KAD PENGENALAN NEGARA DITEMUDUGA DALAM BAHASA MELAYU

Objektif utama temuduga ini diadakan adalah untuk memastikan sesiapa yang memohon kad pengenalan Malaysia adalah benar-benar rakyat negara ini. Ini kerana, sejajar dengan pembangunan negara ramai orang – orang dari Tanah Besar China yang telah datang ke negara ini dan dari segi fisikalnya mereka sama dengan saudara Cina kita sendiri. Ini adalah untuk melindungi negara dari memberi kad pengenalan kepada orang yang tidak sepatutnya dan akhirnya merugikan negara.

Selain itu, tujuan temuduga ini diadakan adalah untuk memastikan anak-anak Malaysia dari pelbagai kaum diberi peluang untuk mempelajari Bahasa Melayu. Memandangkan mereka tahu bahawa jika mereka gagal berbahasa Melayu permohonan mereka akan ditolak, mereka akan berusaha dengan lebih gigih & serius untuk mempelajari bahasa Melayu. Ibu bapa juga akan memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka fasih berbahasa Melayu. 

Akhir sekali, temuduga dalam Bahasa Melayu ini harus diadakan kerana sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, dimana Bahasa Melayu itu merupakan Bahasa Kebangsaan malulah kita jika terdapat rakyat sendiri yang tidak fasih berbahasa Melayu. Tidak pernah berlaku dinegara lain dimana rakyat negara mereka tidak fasih berbahasa mereka sendiri, tetapi di Malaysia perkara ini berlaku dan ini harus dihentikan segera.

2.     BERUSAHA DAN MENDESAK KERAJAAN MEMASTIKAN PEMOHON BIASISWA KERAJAAN & GLC HARUS DITEMUDUGA DALAM BAHASA MELAYU

Objektif utama kami mengusulkan pemohon biasiswa kerajaan & GLC harus ditemuduga dalam bahasa Melayu adalah untuk memastikan bakal-bakal pemimpin negara kita fasih berbahasa Melayu dan bukan hanya hebat berbahasa Inggeris. Walaupun diakui bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantara antarabangsa, kepentingan bahasa Melayu tidak boleh disangkal. Kami yakin antara penerima – penerima biasiswa dari kerajaan ini suatu hari nanti akan menjadi Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dll dan mereka harus berinteraksi dengan rakyat dalam Bahasa Melayu. Kita juga mahu bakal-bakal kakitangan kerajaan & GLC mempunyai kebolehan berbahasa Melayu dan bukan hanya gah dengan Bahasa Inggeris mereka sahaja.

Kami berharap usul ini dapat dibawa ke peringkat atasan untuk di implimentasikan dalam masa terdekat.

3.     BERUSAHA DAN MENDESAK KERAJAAN MEMASTIKAN PENGAJARAN BAHASA MANDARIN DAN TAMIL DIBERI KEPADA ANAK MELAYU


Pemuda UMNO Bahagian Seputeh juga ingin membawa usul kepada YAB Presiden UMNO Datuk Seri Haji Najib Tun Razak supaya semua sekolah kebangsaan di Malaysia diarahkan untuk mengajar Bahasa Mandarin dan Tamil kepada anak-anak melayu. Sepertimana yang kita ketahui, negara China dan India merupakan antara dua buah kuasa ekonomi terbesar dunia. Oleh itu, dengan membekalkan anak melayu ilmu untuk bertutur kedua-dua bahasa ini ia dapat meningkatkan daya saing anak melayu ke peringkat antarabangsa. Ini juga membuka peluang untuk anak melayu mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi sejajar dengan aspirasi YAB Presiden yang mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget