KL CHRONICLE: Laporan Audit : Kadar Bayaran Bonus Yang Diberikan SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE BERHAD Kurang Wajar #KLChronicle

Tuesday, October 1, 2013

Laporan Audit : Kadar Bayaran Bonus Yang Diberikan SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE BERHAD Kurang Wajar #KLChronicle

Selangor State Investment Centre Berhad (SSIC) telah ditubuhkan pada 22 April 1999 di bawah Akta Syarikat 1965. SSIC merupakan syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dengan modal dibenarkan dan modal berbayar masing-masing berjumlah RM2 juta. Tujuan penubuhan SSIC ialah untuk menjana ekonomi Negeri Selangor dengan meningkatkan kemasukan pelaburan sama ada dari dalam atau luar negara. SSIC beroperasi di Citypark i-City, Shah Alam mulai bulan September 2009.



Semakan Audit terhadap pembayaran bonus SSIC bagi tahun 2009 hingga 2011 mendapati SSIC telah membayar bonus dengan kadar 3 hingga 4 bulan berjumlah RM887,620 kepada kakitangan syarikat ini bagi tahun 2009 hingga 2011. Bayaran bonus ini merupakan 51.2% daripada lebihan geran yang diperoleh oleh SSIC bagi tempoh 3 tahun berkaitan. Untuk tahun 2010, bonus yang dibayar adalah 238.4% daripada lebihan geran pada akhir tahun tersebut. 

Butiran mengenai bayaran bonus adalah seperti di Jadual 3.4. Pihak Audit mendapati, kadar bayaran bonus yang diberikan adalah kurang wajar memandangkan keuntungan yang diiktiraf bukan merupakan keuntungan sebenar tetapi adalah lebihan geran yang diperoleh daripada Kerajaan Negeri setiap tahun. Tambahan pula, bayaran bonus ini tidak dikemukakan kepada MMKN sungguhpun telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarah SSIC.

Rujukan: Muka Surat 53/90 Laporan Ketua Audit Negara Bagi Negeri Selangor

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget