KL CHRONICLE: @Khalid_Ibrahim Bidas @anwaribrahim , Kata Selangor Mempunyai Cara Sendiri Urus Ekonomi #KLChronicle

Monday, October 14, 2013

@Khalid_Ibrahim Bidas @anwaribrahim , Kata Selangor Mempunyai Cara Sendiri Urus Ekonomi #KLChronicle

Menteri Besar Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan negeri.
   
Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.
   

Penasihat Ekonomi Selangor 
Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini hari ini.
   
Beliau berkata kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya malam tadi yang melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.
   
"Pada saya, ia (kritikan) hanya perkara biasa dan saya anggap Anwar ibarat memberi galakan untuk melakukan lebih banyak perbincangan sesama pemimpin agar dapat menjana strategi terbaik menguruskan dana kerajaan negeri, "  katanya.

Jangan lupa beliau juga merupakan Penasihat Ekonomi Selangor jadi jika beliau kritik saya makna nya beliau kritik diri beliau sendiri

 Bernama, 13 Oktober, 2013.

KL Chronicle : Bukankah Anwar Ibrahim ni penasihat ekonomi Selangor? Lepas tu dia pulak kata Selangor tak reti urus ekonomi? Apa ke ..........  punya pemimpin macam ni..haha

1 comment:

Anonymous said...

sigagap ni ingat semua org bodo macam dia ka??

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget