KL CHRONICLE: Alhamdulillah Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia berlepas pulang #KLChronicle

Monday, October 21, 2013

Alhamdulillah Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia berlepas pulang #KLChronicle

Jemaah haji Malaysia di Mekah dan Madinah akan ke tanah air secara berperingkat bermula pagi ini. Gambar fail.

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dengan 450 anggota berlepas pulang ke tanah air hari ini menerusi Lapangan Terbang Jeddah.



Pengurus Media Tabung Haji, Mohd Naser Jafar, berkata penerbangan mereka berlepas jam 7 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.50 malam ini.

Katanya, mulai hari ini jemaah haji yang memasuki tanah suci melalui Madinah pada bulan lalu, akan berlepas pulang ke tanah air secara berperingkat menerusi Lapangan Terbang Jeddah.

Beliau berkata, bagi jemaah haji yang memasuki tanah suci menerusi Mekah, mereka akan ke Madinah secara berperingkat bermula 28 Oktober dan tinggal di sana selama lapan hari sebelum berlepas pulang ke tanah air menerusi Lapangan Terbang Madinah.
Setakat ini, katanya, sebanyak 13 jemaah haji Malaysia meninggal dunia dengan kematian terkini seorang jemaah dari Kuching, Sarawak, Abang Alwi Abang Turkei.
Abang Alwi, 60, meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 1.15 pagi semalam di Hospital King Abdullah di Mekah dan beliau menunaikan haji bersama-sama isterinya, Sharifah Khatijah Wan Mustafa.
Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Syaraek di Mekah, petang semalam

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget