Ketika majoriti ahli UMNO sedang sibuk dengan kehangatan pemilihan Umno, masyarakat dikejutkan dengan laporan portal pembangkang, The Malaysia Insider (TMI) yang dikatakan bakal di saman calon Naib Presiden, Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan satu artikel fitnah yang disiarkan mereka.
Fitnah yang ditaburkan portal itu memperlihatkan tahap
‘profesionalisme’ dan etika di kalangan wartawan-wartawan portal itu yang cuba
meraih 'hit' yang tinggi dengan menghidangkan laporan palsu
sebagai hidangan untuk pengunjung setia mereka.
Lebih kurang kesnya TMI ini dengan Surendran, berani tulis tapi
tak berani tanggung. Sudah tulis, nak disaman pandai pula minta maaf awal-awal.
Sekarang ini, mudah sahaja.
Kalau sumber itu benar tak perlu gentar untuk keluarkan kenyataan
ataupun buat berita sekali pun.
Tetapi kalau subuh-subuh gajah lagi sudah maklum dengan sumber
yang kabur, dan boleh menimbulkan kemarahan mana-mana pihak, elok batalkan niat
untuk menyiarkan artikel sebegitu rupa.
Sudahnya, TMI sendiri yang malu dan kena minta maaf. Memang banyak
kes sebegini, suka menulis sangat sehingga tidak fikir kesan akan datang.
Biasalah dengan portal pro pembangkang ini, kalau pasal kerajaan laju sahaja
dia hentam, tapi kalau pasal pembangkang yang dijulang itu cepat-cepat sorok
bawah karpet.
Lepas itu, laju sahaja kalau nak menuduh Umno banyak tabur fitnah,
sedangkan sebenarnya mereka yang galak buat fitnah dengan keluarkan artikel
yang sebegitu. Artikel yang banyak menjadi penyebab kepada pecah belah antara
kaum. Artikel yang banyak menyentuh sensitiviti beragama, perkauman dan
sebagainya.
Sekarang ini, TMI dok pakat nak hentam Datuk Seri Hishamuddin
dengan menggunakan sumber dalaman berkenaan 'wahyu' dari pihak
atasan. Mereka ini nampaknya tak kenal serik, rasanya perlu disaman penulis
artikel yang 'berani' sangat itu untuk membuktikan kejantanan
penulis artikel.
Sekadar nasihat kepada para wartawan yang bekerja di portal-portal
pembangkang yang kerjanya hanya untuk membuat berita palsu dan fitnah, ada
baiknya mula memikirkan untuk mencari kerja lain. Kerana silap hari bulan,
mereka bakal berdepan dengan tindakan undang-undang yang memungkinkan mereka
menjadi muflis di umur muda.
No comments:
Post a Comment