KL CHRONICLE: Yayasan Ehsan Seputeh (YES), Hadiah UMNO Seputeh Untuk Rakyat #KLChronicle #JanjiDitepati

Tuesday, September 10, 2013

Yayasan Ehsan Seputeh (YES), Hadiah UMNO Seputeh Untuk Rakyat #KLChronicle #JanjiDitepati


Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Seputeh yang dipimpin oleh Dato Mustapa Kamal kerana telah berjaya menubuhkan Yayasan Ehsan Seputeh atau lebih dikenali sebagai YES. Sebelum penulis pergi lebih mendalam tentang YES, marilah sama-sama kita melihat sedikit latar belakang Yayasan Ehsan Seputeh dan memahami hala tuju sebenar organisasi ini. 



LATAR BELAKANG 

Yayasan Ehsan Seputeh (YES) telah ditubuhkan hampir 18 bulan yang lalu dimana yayasan ini telah menjalankan pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan sekitar kawasan Parlimen Seputeh.  Antara program yang telah dijalankan adalah program kebajikan masyarakat dan pendidikan untuk anak semua kaum di Parlimen Seputeh dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

MATLAMAT PENUBUHAN

Matlamat utama penubuhan Yayasan Ehsan Seputeh adalah untuk mewujudkan satu 1 stop dialisis centre & fisioterapi bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah atau kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan secara percuma ataupun lebih rendah dari kadar biasa yang dibayar di klinik-klinik dan hospital swasta. Ini juga sejajar dengan aspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat diberikan bantuan kesihatan yang berkualiti dengan kadar harga yang tidak membebankan rakyat.

Matlamat atau objektif kedua penubuhan Yayasan Ehsan Seputeh adalah untuk menyediakan peluang pendidikan kepada  anak-anak berbilang kaum.  Ini juga sejajar dengan aspirasi Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan semua anak-anak Malaysia mendapat pendidikan yang sewajarnya dan seturusnya membantu menaikkan taraf hidup dan ekonomi keluarga masing-masing.

KEJAYAAN YAYASAN EHSAN SEPUTEH

Walaupun baru ditubuhkan hampir setahun setengah yang lepas, Yayasan Ehsan Seputeh telah berjaya mewujudkan sebuah Akademi tahfiz. Akademi ini bertapak di Surau Penghulu Mat dan mempunyai seramai 24 orang pelajar dan 4 orang mudir. Pelajar - pelajar tahfiz ini diberi peluang untuk belajar secara percuma. 

Bantuan awal persekolahan untuk anak anak gelandangan
Dalam masa yang terdekat ini, Yayasan Ehsan Seputeh sedang cuba untuk menaiktaraf Akademi tahfiz ini ke sebuah Kompleks Akademi Tahfiz yang serba lengkap dan moden yang akan diberi nama Akademi Tahfiz Darul Abrar. 

Membantu anak-anak gelandangan di Kuala Lumpur
Selain itu, YES juga telah mengadakan pelbagai program-program kemasyarakat sepanjang tahun ini iaitu:
  1. Bantuan Anak-Anak Gelandangan sekitar Seputeh & Wilayah Persekutuan KL
  2. Bantuan Mangsa Bencana Alam
  3. Bantuan Awal Persekolahan untuk Anak - Anak
  4. Penyampaian Notebook 
Penyampaian bantuan awal persekolahan
KESIMPULAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti positif ini, Yayasan Ehsan Seputeh berharap dapat melahirkan masyarakat yang mampan, berilmu, bertaqwadan seterusnya mempunyai jati diri membela Agama, Bangsa dan Tanah Air yang tercinta.

Note: Esok saya akan berkongsi maklumat kepada orang ramai dimana majlis Perasmian YES akan diadakan berserta peta lokasi untuk memudahkan orang ramai hadir dan memeriahkan majlis ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget