Pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO semakin
menarik dengan pengumuman Senator Datuk Maznah Mazlan untuk turut merebut
jawatan itu, selain Raihan Suleiman Palestin. Ini menyebabkan para pemerhati melihat
bahawa Datuk Shahrizat kini berdepan dengan segala kemungkinan memandangkan
kedua-dua lawannya mempunyai kelebihan tersendiri.
Raihan membawa kekuatan nama bapanya dan
harapan rakyat kepadanya ialah agar beliau turut mewarisi prinsip dan ketegasan
tokoh tersebut. Selain itu,
Raihan turut dilihat sebagai watak yang tepat untuk bersemuka dengan
pembangkang memandangkan beliau adalah sepupu kepada Ketua Pembangkang dan
banyak menyimpan cerita silam manusia ‘Anugerah Tuhan’ itu.
Namun, Raihan, nampaknya bukan merupakan isu
utama kepada penyandang. Tetapi,
kita tidak dapat mengelak dari mengesan sedikit kebimbangan di pihak Shahrizat
terhadap Datuk Maznah. Kenyataan
Shahrizat yang memberi peringatan agar tiada siapa yang bertanding sebagai
proksi, cukup menarik untuk diteliti.
Datuk Maznah diketahui mempunyai hubungan
akrab Datuk Seri Rafidah Aziz, maka mungkin kerana itulah beliau digambarkan
oleh Shahrizat sebagai bertanding sebagai proksi kepada wanita hebat itu.
Datuk Maznah bagaimanapun menafikan yang beliau
menjadi proksi sesiapa.
Dari segi pengalaman, Datuk Maznah sudah cukup
membuktikan kewibawaannya melalui jawatan Exco Wanita yang juga Anggota Dewan
Undangan Negeri Muadzam Shah selama lima penggal. Beliau telah terlibat
dengan pergerakan Wanita Umno sejak 1970-an dan memegang pelbagai jawatan,
termasuk Ketua Wanita Bahagian Rompin dan Ketua Wanita Umno Pahang,
Secara dasarnya, Datuk Maznah tidaklah
ketinggalan jauh di belakang Shahrizat memandangkan beliau juga adalah bekas
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (April 2008-April 2009), sebelum
dipindahkan ke Kementerian Sumber Manusia selama empat tahun sejak April 2009
hingga April tahun ini.
Beliau juga pernah dilantik sebagai exco
kerajaan negeri Pahang dengan jawatan terakhir ialah mengurus Jawatankuasa
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Kesenian dan Warisan.
Selain pengalaman yang luas dan kredibiliti
yang telah terbukti, Datuk Maznah juga mempunyai rekod yang bersih dalam
politik. Sepanjang
perkhidmatannya, beliau belum pernah dikaitkan dengan apa-apa isu kontroversi.
Melihat dari fakta di atas, maka kita faham
akan kebimbangan Shahrizat. Bagaimanapun,
politik bukanlah sesuatu yang dapat dijangka dan kita harus bersedia dengan
sebarang kejutan. Tidak
mustahil Raihan yang dipandang sebagai ‘underdog’ mampu mengatasi kedua-dua
lawannya.
No comments:
Post a Comment