Penulis yakin ramai daripada sahabat-sahabat dan pembaca penulis pernah dengar mengenai
Yayasan Ehsan Seputeh tetapi ingin tahu lebih lanjut tentang yayasan ini. Apa fungsi, objektif, visi dan misi Yayasan ini dan sebagainya.
Jadi untuk menjawab soalan-soalan pembaca penulis ingin ceritakan sedikit sebanyak berkaitan
1. Objektif utama penubuhan Yayasan Ehsan Seputeh untuk menjadi sebuah organisasi yang proaktif & berperanan menfokus 3 aspek utama iaitu pendidikan, kesihatan dan kebajikan.
2. Menstransformasikan masyarakat berbilang kaum di Seputeh ke satu tahap tanda aras yang boleh dibanggakan.
3. Yayasan Ehsan Seputeh telah bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad untuk anjur program² kesihatan dan memotivasikan masyarakat.
4. Perancangan masa terdekat mewujudkan Pusat Dialisis dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.
5. Semoga bantuan dan sokongan yg diberikan dapat menjadikan kehidupan dan kepimpinan sebagai satu ibadah dan fardhu kifayah.
Setelah mengetahui perkara perkara diatas, penulis juga ingin menjemput saudara saudari ke Majlis Perasmian
Yayasan Ehsan Seputeh. Jemputan adalah seperti beriktu:
Tarikh : 14 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Utama Desa Waterpark, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur
Perasmi : YAB Dato' Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia
lebih 30 buah gerai makanan dan buah²an utk orang ramai juga disediakan oleh pihak penganjur.
Selain itu, majlis malam ini turut diserikan dengan persembahan bunga api, artis Datuk Hattan, Datuk Khatijah Ibrahim, Malaysia Drum Symphony, artis Kebudayaan dan ramai lagi.
No comments:
Post a Comment