Monday, August 26, 2013

ZAINUDDIN MYDIN: TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF KUMPULAN AIRASIA TAK TAHU TENTANG SAMAN RM5 JUTA

Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan Air Asia , Datuk Kamarudin Meranum tidak tahu menahu mengenai tindakan saman malu  RM 5 juta AirAsia dan AirAsia X terhadap saya berhubung dengan tulisan saya di blog ini yang memberikan implikasi seolah olah babi di hidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.



Apabila saya memberitahu hal ini  kepadanya dihadapan beberapa orang kenamaan termasuk seorang pegawi tinggi di Jabatan Perdana Menteri  di Majlis Aidilfitri Kumpulan Utusan pada hari Jumaat lalu(23 Ogos 2013),Datuk Kamarudin   nampak seperti terkejut dan seolah olah tidak tahu dan bertanya kenaapa ?

Saya memberikan penjelasan  kepadanya kenyataan itu  terbit dari perasan marah saya terhadap CEO AirAsiaX yang mensifatkan Utusan sebagai rasis dan sikap AirAsia  yang  anti Utusan dan  "saya tidak dapat menerima ini kerana Utusan  adalah darah  daging saya dan saya tahu sejarahnnya"

Kamaruddin menafikan AirAsia anti Utusan  dan saya menjawab "jika tidak kenaapa Air Asia tarik balik iklannya  dari Utusan Malaysia?"

Bagaimanapun perbualan mengenai pekara ini terhenti apabila  Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang turut berada disitu  meminta perbincangan ini tidak dilanjutkan kerana beliau mungkin  nampak akan menimbulkan ketegangan.

Sebelum pulang saya juga sempat memberitahu seorang lagi pegawai tinggi AirAsia Bhd Datuk Aziz Bakar yang menemani Datuk Kamarudin  bahawa

"saya tidak sahaja akan menyiarkan permohonan maaf saya terhadap AirAsia itu sekadarkan enam bulan seperti yang dituntut  oleh AirAsia  tetapi mungkin sehigga bertahun tahun  untuk  meluaskan penyebarannya kepada rakyat Malaysia dan generasi akan datang dan saya tahu apa yang saya buat."

Di bawah ini adalah permohonan maaf saya yang telah disiarkan mulai 1 Julai lalu.


MONDAY, 1 JULY 2013

ZAM DAN AIRASIA.
Tan Sri Zainuddin Maidin penulis blog zamkata telah meminta maaf kepada AirAsia berikutan dengan sebuah rencananya yang memberikan implikasi seolah seolah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan Air Asia X.

Setelah penjelasan dari AirAsia, beliau yakin bahawa syarikat penerbangan itu adalah prihatin terhadap senstiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.Dibawah ini  adalah permohonan maaf darinya.


APOLOGY.

Saya tidak menyedari bahawa pekara- pekara yang tesiar dalam artikel di bawah tajuk " Hidangan Babi Dalam Penerbangan Air Asia, Orang Islam Patut Tangguhkan Dulu Terbang dengan Pesawat ini"(artikel tersebut) dalam blog zamkata memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.

Bagaimanapun setelah menerima surat tuntutan dari Peguambela dam Peguamcara AirAsia Berhad kira -kira sebulan dari tarikh penyiarannya,maka barulah saya menyedari bahawa artikel tersebut memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan-penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Ini adalah tidak benar samasekali.

Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut, dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang pransangka bahawa babi ada dihidangkan dalam masa mana penerbangan AirAsia dan AirAisa X.

Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia  dan AirAsia X adalah sangat prihatin terhadap sensitiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.

Tan Sri Zainuddin Maidin.

No comments:

Post a Comment