KL CHRONICLE: [Latest] Kenyataan Media Perkasa Khusus Untuk @Malaymail #KLChronicle

Tuesday, August 13, 2013

[Latest] Kenyataan Media Perkasa Khusus Untuk @Malaymail #KLChronicle



1. Buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia adalah sebuah buku penafian semata2.

2. Semua orang tahu hal tkt 4 di zaman Pak Lah berkuasa. Bolehlah untuk nafikan tetapi semua orang tahu peranan sebenar mereka untuk Perdana Menteri ke 5.


3. Sebagai SU Agung Perkasa saya perlu perbetulkan dakwaan salah Pak Lah terhadap Perkasa dan sebagai Tim. Presiden Kelab Chedet saya juga perlu pertahankan Tun M kerana kritikan Pak Lah terhadap Tun M jelas tidak benar sama sekali.

4. Pak Lah kecam Perkasa dgn menyataan Pertubuhan kami cuba mengambil hak kaum lain dlm mempejuangkan kepentingan Melayu. Apakah yang Perkasa telah ambil hak bukan Melayu? Pak Lah jelas tidak pernah kesah atau tahu apa yg telah Perkasa lakukan selama ini kerana Pak Lah hanya mendengar dari pihak lain.

5. Apa yg diperjuangkan oleh Perkasa hanyalah pertahankan kepentingan Melayu dan Islam yg telah termaktub dlm Perlembagaan Negara setelah kaum lain cuba merampasnya.

6. Dan antara yang telah terlepas hak kami orang Melayu adalah biasiswa JPA utk anak2 kami yg sebelumnya 90% diperuntukan tetapi hilang kpd kaum lain sehingga tinggal 55% sahaja di akhir2 zaman Pak Lah menjadi PM. Siapa ambil hak siapa? Biasiswa anak2 Melayu dan Bumiputera telah dijanjikan dlm Perlembagaan Negara. Itu baru satu contoh dari pelbagai sektor yg hak kami telah diambil oleh kaum lain di zaman Pak Lah. Kami bising, kami bersuara dan kami tunjukan ketidakpuasan hati kami sebab hak kami diambil oleh kaum lain.

7. Pak Lah perlu ingat bahawa BN gagal dpt 2/3 pd PRU tahun 2008, Perkasa belum wujud lagi dan kaum Cina sudah tolak BN ketika itu tidak ada perasaan tersinggung atau marah kpd Perkasa sbb Perkasa tidak wujud lagi.

8. Kaum Cina sudah tolak BN tahun 2008 adalah kerana kerajaan pimpinan Pak Lah sgt tidak cekap menguruskan ekonomi negara yg membuatkan kaum Cina hadapi kesukaran dlm perniagaan.

9. Kaum Cina tolak BN pd 2008 juga kerana mereka malu mendapat PM ketika itu yang tidak bijak dan jadi bahan jenaka kerana suka tidur dlm mesyuarat dan majlis. Mereka kecewa sbb sebelum Pak Lah, mereka mempunyai PM yang hebat dan dihormati ramai pihak di dlm dan luar negara yang membawa kemajuan negara mengatasi byk negara2 jiran dan negara2 membangun lain.

10. Kononnya menyelamatkan negara dari muflis jika melayani desakan Tun M meneruskan projek2 yg telah Tun M rancang sebelumnya seperti landasan berkembar kereta api padahal negara rugi besar bila projek tersebut disambung semula oleh Pak Lah setelah beliau memberhentikannya utk beberapa tahun. Itu fakta yg Pak Lah jangan nafikanya.

11. Negara boleh muflis jika teruskan projek2 Tun M rancangkan? Sebelum zaman Tun M negara kita negara kayakah? Projek2 mega yg Tun M telah siapkan sudah membuatkan negara muflis kah?

12. Saya nak tanya Pak Lah, Tun M habiskan banyak wang negara yang hasilnya dari mana tu sebnarnya? Wang negara dari sebelum Tun M jadi PM kah? Sebelum Tun M jadi PM sudah banyakkah wang negara?

13. Wang Petronas? Berapa byk wang negara hasil dari Petronas sebelum zaman Tun M memerintah? Berapa byk negara asing yang Petronas telah bekerja sama cari gali petroleum sebelum Tun M jadi PM? Lebih 30 negara semuanya adakah Pak Lah yg usahakan?

14. Rakyat tahu siapa sebenarnya yang habiskan wang negara. Rakyat tahu siapa yg majukan negara ini. Rakyat tahu siapa yg membuatkan negara ini dihormati negara membangun dan negara asing lain. Rakyat tahu siapa yg menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Rakyat tahu siapa yang membuatkan negara ini dikenali dan yang membuatkan pelancong asing semakin bertambah begitu banyak sekali setiap tahun. Setiap tahun lebih RM50billion wang asing mengalir masuk dari sektor pelancongan pastinya bukan usaha Pak Lah.

15. Rakyat lebih kenal Tun M. Ketika Pak Lah pusing2 setakat dlm negara, Tun M mempunyai jadual yang padat memenuhi undangan dari seluruh dunia utk sampaikan syarahan.

16. Untuk makluman Pak Lah, setiap tahun sejak dari Tun M masih PM lagi, pihak penganjur di Jepun mengundang Tun M utk memberi syarahan kepada ratusan pelajar yang sedang dan baru menerima Master dan Phd dgn tajuk 'Japan In Future'.

17. Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia adalah hanya sebuah buku penafian.

18. Tahun2 paling malang kepada rakyat Malaysia adalah ketika Pak Lah jadi Perdana Menteri Malaysia dari Oktober 2003 hingga April 2009

19. Perkasa ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan Tun Jean serta keluarga.

Sekian dari Syed Hassan Syed Ali, Setiausaha Agung Perkasa

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget