Wednesday, August 28, 2013

@Anwaribrahim Malu Tidak Dijemput Ke..... #KLChronicle

Apa dah jadi brader?

AMAT memalukan bila Anwar yang sering melaungkan keakrabannya yang teramat sangat dengan mantan Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla, tidak dijemput ke majlis perkahwinan anak pemimpin Indonesia itu di sebuah hotel terkemuka di Jakarta semalam.



Sedangkan seteru Anwar, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penghormatan sebagai satu-satunya pemimpin utama negara asing yang dijemput ke majlis penuh prestij tersebut.

Walhal setahu kita, Anwar kerap mengaitkan Jusof Kalla dengan dia.  Sikit-sikit Jusof Kalla, sikit-sikit Jusof Kalla.  Sampaikan cerita lawak Anwar di’offer’ jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Najib pun, Anwar kata Jusof Kalla yang sebut.

Bunyi macam rapat sangat, tapi majlis kahwin anak dia sendiri pun, Anwar tidak dijemput Jusof Kalla.  Majlis kahwin macam kita semua tahu, adalah jemputan untuk kawan karib dan saudara mara terdekat. Bila dah tak dijemput tu, faham-faham sudahlah.

Kalau itu bukan kemaluan terbesar, penulis tak tahulah nak kata apa lagi.

Bagi penulis sendiri, tidak ada alasan lain kenapa Anwar tidak dijemput untuk datang ke majlis itu, melainkan Jusof Kalla berasa kecil hati kerana namanya sering dilibatkan Anwar untuk menghidupkan semula ‘pesona’nya di kalangan pengikut pembangkang yang semakin tawar kebelakangan ni.

Siapa pun kecil hati kalau namanya dijual berulang kali macam sampah tepi jalan.  Pulak tu, betulnya tidak, autanya saja lebih.

Tapi penulis juga perlu akui, ada kemungkinan Jusof Kalla mungkin menjemput, tapi Anwar malu nak datang kerana mengenangkan pelbagai pembohongan menggunakan nama Jusof Kalla yang sering dibuatnya kebelakangan ni.

Berulang alik ke Jakarta tu bukan satu masalah untuk Anwar, alangkah Turki yang lebih jauh itupun Anwar ulang alik hampir setiap bulan, takdak masalah pun.  Tiket habis, sewa jet, apa susah ke, duitkan banyak.

Bayar legal fees saja sudah berpuluh juta ringgit nilai, apalah sangat sewa jet tu.

No comments:

Post a Comment