Thursday, July 11, 2013

Shahidan Kassim : Tiada 1 Petisyen Di Mahkamah Membabitkan Pengundi Hantu #KLChronicle

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menyifatkan istilah "pengundi hantu" hanya satu persepsi hasil ciptaan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
Shahidan berkata, dalam petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dikemukakan parti pembangkang jelas membuktikan tidak ada satu pun mengemukakan mengenai pengundi hantu.
"Idea mengatakan hantu pun, itu adalah satu persepsi.


"Masih belum ada petisyen di mahkamah membabitkan pengundi hantu. Jadi, ia hanya satu persepsi," kata Shahidan di Dewan Rakyat malam ini.
Isu "pengundi hantu" bergema semula di Dewan Rakyat selepas pemimpin pembangkang membangkitkan kewujudannya, malahan ketika tempoh berkempen lalu PR mendakwa wujudnya pengundi warga asing yang diterbangkan ke semenanjung bagi mengundi untuk kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN).
PR mengatakan wujudnya warga asing dari Bangladesh mengundi secara haram pada Pilihan Raya 2013.
Bagaimanapun, pemerintah Bangladesh menafikan wujud pengundi hantu daripada kalangan rakyat negara itu pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, bagaimanapun mengakui terdapat pemberian kad pengenalan melalui proses secara sah.
Walaupun terdapat kebangkitan pembangkang, BN masih memegang kuasa dengan memenangi 133 kerusi berbanding PR 89, walaupun kurang tujuh kerusi daripada apa yang gabungan pemerintah itu perolehi pada tahun 2008.
BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga kehilangan undi popular buat pertama kali sejak 1969.
PR dan BN masing-masing memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar beberapa keputusan dalam pilihan raya 5 Mei, PR mendakwa mempunyai bukti 'kukuh' penipuan dalam apa yang dikatakan pilihan raya paling sengit di Malaysia.
Antara bukti yang dikumpul adalah video kononnya menunjukkan warga asing diterbangkan satu hari sebelum pilihan raya.
Najib baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan melihat melalui pelan untuk reformasi sistem pilihan raya dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.
Pemimpin PR, bagaimanapun, mendakwa langkah itu adalah lebih daripada satu latihan perhubungan awam dan mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan sebagai langkah pertama ke arah reformasi tulen pilihan raya. - 11 Julai, 2013.

No comments:

Post a Comment