KL CHRONICLE: #N01KualaBesut @kualabesut_ Kini Mat Sabu Pula Panggil Orang Besut KUNO .. Baguslah Lagi Orang Mula Meluat Dengan PAS #KLChronicle #1Malaysia

Wednesday, July 17, 2013

#N01KualaBesut @kualabesut_ Kini Mat Sabu Pula Panggil Orang Besut KUNO .. Baguslah Lagi Orang Mula Meluat Dengan PAS #KLChronicle #1Malaysia



Bukan meraih simpati untuk mendapat undi sebaliknya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, menghina penduduk Kuala Besut sebagai masyarakat pedalaman yang kuno menyebabkan mereka dibelenggu kesusahan dalam hidup.




Malah, beliau turut melemparkan penghinaan serupa kepada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Langkap, Ajil, Hulu Besut selain Kuala Besut. Bukan setakat itu, beliau mendakwa sokongan pengundi kawasan itu yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) selama ini adalah kerana penduduk di kawasan berkenaan tiada pilihan melainkan terpaksa menagih bantuan daripada parti berkenaan.
“Masyarakat yang kelas pertengahan, orang kelas pertengahan dan pinggir bandar memang mereka kembali kepada pakatan pembangkang, cuma di pedalaman ini (Kuala Besut)... kuno, saya tak salahkan mereka kerana di pedalaman ini selalunya kekurangan maklumat.


“Sebab itulah kita lihat, BN bertahan di DUN Langkap, Ajil, Hulu Besut dan Kuala Besut di kawasan yang taraf hidup masyarakatnya yang rendah itu agak ramai kalau dibandingkan di Marang, Kuala Terengganu, Dungun atau Kuala Nerus,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah di pekan Kuala Besut, di sini, malam, kelmarin.

Dalam ucapannya selama 20 minit itu, Mat Sabu tanpa mempedulikan kesucian Ramadan, turut menyerang peribadi pemimpin BN.

SUMBER : REZQEEN HILL

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget