Walaupun Pas sering
mengatakan dasar perjuangan parti itu adalah berdasarkan Islam, namun cara
berkempen yang ditunjukkan mereka di pilihanraya kecil (PRK) DUN Kuala Besut
jelas mengambarkan sebaliknya. Sekiranya sebelum ini, mereka mengunakan habuan
syurga sebagai satu helah untuk memperdayakan pengundi Islam, kini gerakan dan
strategi mereka semakin selari dengan pendekatan ‘Matlamat Menghalalkan
Cara’ seperti yang sering digunakan PKR dan DAP.
Sebagai contoh, ketika
kempen pilihanraya umum ke-13 yang lalu, pakatan pembangkang telah dikesan
mengunakan kaedah pengedaran risalah palsu kononnya ketua pembangkang, Anwar
Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi
Perdana Menteri.
Namun percubaan yang
bertujuan untuk menipu dan mengelirukan rakyat itu berjaya digagalkan apabila
pihak media arus perdana, dan bloggers Barisan Nasional (BN) berjaya mengesan
dan mendedahkan usaha jahat tersebut. Hasilnya rakyat khususnya pengundi mula
sedar akan permainan licik tersebut lantas menghukum pakatan pembangkang dengan
memberikan mandat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
terus menerajui kepimpinan negara.
Dengan mengunakan kaedah
dan pendekatan yang sama, mereka cuba mempengaruhi pengundi Kuala Besut, dengan
pengedaran risalah palsu. Ia ekoran dari beratus-ratus risalah palsu yang
dikesan telah diedarkan di seluruh pusat daerah mengundi di Kuala Besut.
Risalah tersebut antara
lainnya mengatakan, kononnya beberapa pertubuhan NGO Islam-Melayu mengharapkan
agar para pengundi memberikan undi kepada calon Pas bagi merealisasikan
semangat melayu bersatu antara Umno dan Pas. Paling menarik perhatian,
isu 16-16 ‘1 Kerajaan’ turut digunakan bagi memperdaya
pengundi.
Pada kempen PRK ini, Pas
membawakan tema '16-16, Terengganu Baharu' kerana mahu
menumbangkan kerajaan BN yang kini hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam
DUN Terengganu.
Namun rakyat Terengganu
khususnya di Kuala Besut telah diingatkan agar menolak kempen 16-16 yang
dimainkan oleh Pas itu. Ini kerana sekiranya keadaan itu berlaku ia hanya
akan meletakkan situasi politik tidak stabil kerana perbalahan yang
berpanjangan. Sekiranya keadaan 16-16 berlaku, ia juga akan menyebabkan
kerajaan negeri tergantung dan bakal menyebabkan keadaan politik menjadi tidak
menentu serta menyusahkan rakyat.
Antara NGO yang difitnah
kononnya membuat gesaan tersebut ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(Perkasa), Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia
Malaysia (MBM) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia
(Pekida).
Kesimpulannya Pas ketika
ini benar-benar sedang berada dalam keadaan yang amat terdesak. Isu intergriti
dan moral sudah tidak lagi wujud dalam parti yang mendakwa memperjuangankan
Islam Apa yang pasti semakin lama Pas bersama DAP dan PKR, parti itu
semakin jauh tersimpang dari norma dan batas kewarasan.
No comments:
Post a Comment