KL CHRONICLE: Duta Vatican Perlu Lebih Professional #KLChronicle

Tuesday, July 16, 2013

Duta Vatican Perlu Lebih Professional #KLChronicle

Kita mengalu-alukan Duta Vatican, Archbishop Joseph Marino ke negara ini sepertimana kita mengalu-alukan mana-mana duta sebagai wakil negara mereka di sini.  Kedudukan Vatican sebagai negara utama Kristian tidak menghalang kita menghormati mereka sebagai sebuah negara berdaulat. 



Seperti mana-mana duta, Marino seharusnya tahu apa yang boleh dan tidak boleh dibuat di negara orang.   Beliau perlu tahu batas-batas dan mengelak dari menyentuh isu-isu sensitif atau terlibat dalam politik negara tersebut.  Vatican mungkin diletakkan di tempat tertinggi bagi negara-negara Kristian, yang mana mungkin memberikan duta mereka hak untuk menegur atau masuk campur dalam hal-hal berkenaan Kristian di negara itu. 

Tetapi, Malaysia adalah negara Islam dan kedudukan tinggi Vatican dalam Kristian tidak membawa apa-apa makna di sini.   Walaupun beliau mungkin masih lagi berhak menyentuh soal agama Kristian di sini, tetapi beliau langsung tidak punya hak untuk masuk campur jika perkara itu turut membabitkan Islam dan undang-undang negara. 

Oleh itu, kenyataan beliau yang mendesak agar kalimah Allah dibenarkan dalam kitab Injil menunjukkan yang beliau tidak tahu kedudukan dan tugasnya di sini.  Apatah lagi apabila isu itu masih lagi tergantung menunggu rayuan oleh kerajaan apabila mahkamah membuat keputusan yang tidak menyebelahi kerajaan.  Ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan betapa kerajaan sendiri tidak pernah masuk campur dalam urusan mahkamah.  Justeru, apa hak duta negara lain untuk masuk campur di dalamnya? 

Sedarkah Marino bahawa jika kenyataan yang sama dikeluarkan di India atau Pakistan, maka ia sudah pasti akan mencetuskan konflik agama yang serius?  Insiden gereja dibakar atau umat Islam dibunuh merupakan sesuatu pasti berlaku di negara-negara berkenaan berikutan sikap tidak sensitif Marino.    

Namun, Malaysia adalah negara yang jauh lebih bertamadun dengan masyarakat yang jauh lebih matang dan pemimpin yang jauh lebih professional dari Marino sendiri.  Oleh itu, kenyataan beliau hanya mendapat tempelakan dari rakyat dan nasihat dari Menteri Luar, Dato’ Anifah Aman. Dato’ Anifah memberitahu Marino yang Malaysia tidak menerima sebarang campurtangan asing dalam isu agama yang sedang melalui proses mahkamah yang adil.  

Apapun, motif Marino dan juga pemilihannya sebagai duta ke negara ini menimbulkan persoalan yang jauh lebih serius.   Apakah Vatican juga telah dikuasai oleh kuasa besar yang ingin memerintah dunia melalui pendekatan pluralisme?

Seperti yang diketahui, beberapa pertubuhan Kristian yang terkemuka turut menentang penggantian nama Tuhan ‘Father’ kepada ‘Allah’. di dalam Injil.  Antara pihak yang melancarkan petisyen untuk menghalang penggantian nama oleh syarikat-syarikat penterjemah Injil ialah Biblical Missiology, di Colorado Amerika.  Hujah mereka ialah ‘Allah’ merujuk kepada Tuhan dalam agama Islam manakala Kristian tidak menyembah Tuhan yang sama dengan Islam.  Justeru, penggantian nama ini akan mencetuskan kekeliruan, malah kesesatan di kalangan orang-orang Kristian. 

Oleh itu, sekiranya pihak Vatican merasakan perlu masukcampur atau memperbetulkan mana-mana pihak, maka mereka wajib terlebih dahulu bersemuka dengan Biblical Missiology dan pertubuhan Kristian lain yang turut menentang penggantian nama Tuhan di dalam Injil. 

Lebih dari itu, satu dialog ilmiah mungkin wajar diadakan antara Marino dengan Ulama-ulama Islam bagi mendengar hujahnya tentang kenapa Kristian ingin sekali menukar nama ‘Father’ kepada ‘Allah’?  

Kita ingin mendengar apakah Kristian juga turut percaya kepada ‘Allah SWT’ atau apa?  Jika hanya nama sama tetapi tidak merujuk kepada kuasa yang sama, maka tiada sebab sama sekali bagi pihak Vatican untuk mendesak penggantian nama ini melainkan Vatican mengesahkan bahawa Kristian membenarkan dakwah melalui penipuan yang licik. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget